SOAL JAWAB bersama Ustaz Fikri Alamghiri

Soalan:

Adakah wujud solat sunat selepad akad nikah? Rata-rata saya melihat setiap pasangan yang baru diakad akan menunaikan solat sunat bersama.

Fikri Alamghiri menjawab:

Apa yang sahih dan dianjurkan selepas bernikah atau mendapat apa sahaja rezeki adalah dengan melakukan sujud syukur kepada Allah di atas kegembiraan tersebut. Daripada Abi Bakrah bahawa Nabi SAW apabila menerima berita yang membuatkan Baginda berasa gembira maka Baginda akan bersujud menyatakan kesyukuran kepada Allah Taala.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Malahan tiada sebarang sunnah yang sahih menganjurkan solat sunat selepas akad nikah secara langsung di hadapan orang ramai, namun solat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat ketika masuk menemui isteri di dalam bilik daripada hadis Abu Said yang meriwayatkan bahawa, “Sekumpulan sahabat Rasulullah SAW telah mengajarnya dengan menyatakan apabila kamu masuk menemui pasanganmu maka solatlah dua rakaat lalu berdoa kepada Allah meminta kebaikan yang ada padanya dan meminta perlindungan dari keburukannya.” (Hadis riwayat Abd Razak dan Ibn Abi Syaibah dari riwayat Ibn Mas’ud)

Wallahu a’lam.

Komen anda