Ramai pasangan kekasih muda-mudi pada hari ini menggunakan perkataan ‘till jannah’ untuk merujuk kepada pengharapan perhubungan mereka. Apabila bergambar berdua dan kemudian memuat naik ke laman sosial, ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke syurga.

Memang betul kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Semoga dengan doa kita itu nanti dapat mendorong perhubungan pasangan itu ke peringkat seterusnya. Pun begitu, untuk mendapat hubungan ‘till jannah’ ini perlulah diambil kira beberapa perkara.

1)FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Sebelum menjadi suami isteri, fahami tanggungjawab anda. Ambil tahu apa tanggungjawab suami. Ambil tahu juga tanggungjawab isteri. Jika masing-masing faham tanggungjawab sendiri maka pasti tidak akan timbul masalah kemudian hari. Barulah boleh menuju ke syurga bersama pasangan.

2)KUATKAN IMAN
Anda perlu kuatkan iman. Dugaan dalam rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Apabila sudah berkahwin pasti ada hasutan syaitan. Melihat orang lain lebih segalanya daripada pasangan sendiri. Anda perlu memupuk iman supaya tebal di dada. Insya-ALLAH terhindar daripada cela dan noda.

3)DIDIK PASANGAN
Untuk mendorong ke syurga, didiklah pasangan anda. Ajari dia menutup aurat dengan sempurna. Perbetul bacaan dalam solat. Jadilah pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk jadi Muslim sejati.

4)DOA ZURIAT YANG BAIK
Zuriat ialah pewaris generasi kita pada hari akan datang. Justeru perlu kita didik zuriat menjadi manusia berguna. Zuriat ialah amanah daripada ALLAH. Semoga kita sekeluarga dapat menjadi ahli syurga.

5)AMAL JARIAH
Amal jariah ialah amalan yang banyak membantu kita di akhirat kelak. Perbanyakkan bersedekah. Kuasa sedekah amat kuat kerana itu Islam menggalakkan umatnya membantu antara satu sama lain.

 

Komen anda