Belajar cara bagaimana menjadi isteri idaman suami adalah satu kewajiban bagi setiap muslimah. Bagi seorang suami, memiliki isteri solehah itu merupakan nikmat yang paling hebat di dunia. Mana taknya, bila ada peneman hidup yang sentiasa membahagiakan. Sebagimana hadis Rasulullah SAW, “Dunia ini adalah nikmat, dan sebaik-maik nikmat dunia adalah isteri solehah”. (HR Muslim dan Ahmad)

Untuk mampu menjadi isteri solehah, berikut kami senaraikan perkara-perkara yang patut dilakukan:

1. Sentiasa dahulukan kemahuan dan keinginan suaminya daripada kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatannya.

3. Sentiasa berhias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.

4. Sentiasa bersedia melayani dan emmenuhi kehendak zahir dan batin suami bila diperlukan.

5. Sentiasa emnjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumahtangga dan anak-anak suaminya.

6. Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintai dan menyayangi keluarganya sendiri.

7. Sentiasa menjaga aurat dari pandangan orang yang bukan mahramnya.

8. Setiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.

9. Sentiasa memberikan kesetiaan, ketaan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.

10. Sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merakasan rumahtangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

11. Sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.

12. Sentiasa menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangag mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.

14. Sentiasa emmohon keizinan suaminya jika ingin mengerjakan puasa sunat.

15. Sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat yang Allah SWT berikan kepada suaminya.

16. Sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila dia hendak keluar dan menyambutkan dengan senyuman bila dia pulang.

17. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke rumah semasa ketiadaan suaminya.

18. Setiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, dan segala perintah Allah SWT dengan sabar.

19. Sentiasa berdiam diri bila suaminya sedang bercakap.

20. Tidak meminta sesuatu yang lebih dari kemampuan suaminya.

Komen anda