Apabila sudah berumahtangga, pasti mahu jadi isteri yang disayangi suami. Apabila suami sayang, terasa diri begitu berharga. Apatah lagi jika suami merupakan individu yang romantik dan sentiasa memberikan hadiah kejutan.

Jadi, untuk terus memikat hati suami, kenalah amalkan beberapa perkara.

1. PENGHARGAAN

Hargai apa sahaja yang suami lakukan. Misalnya dia maklumkan yang dia akan balik lewat dari tempat kerja. Ucapkan terima kasih kerana sekurang-kurangnya dia tetap ingatkan anda.

2. SALAM TANGAN SUAMI

Berjabat tangan dan cium tangan suami setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

3. KOMUNIKASI WALAU BERJAUHAN

Sibuk macam mana pun dalam urusan rutin harian, mesejlah suami sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia buat.

4. MENGALAH

Kalau berselisih faham, jangan panjang-panjangkan isu. Mengalahlah demi hubungan yang harmoni.

5. TETAP TIDUR BERSAMA

Marah macam mana pun jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia makin meningkat. Itu saja cara paling mudah nak ikat cinta di tempat tidur.

6. MASAK MAKANAN KEGEMARAN

Kalau tak pandai masak sangat pun, masak yang ringkas-ringkas pun tak mengapa. Lagi bagus kalau anda pandai masak makanan kegemaran suami. Mesti suami lebih sayang.

7. SOLAT BERJEMAAH

Amalkan sembahyang berjemaah setiap hari, berdoa dan saling mohon maaf salah silap. Walaupun bukan berjemaah lima waktu sehari, sekurang-kurangnya solat maghrib pun jadilah. Asalkan ada berjemaah dalam sehari.

8. PANDAI PUJUK

Kena belajar cara memujuk walau anda memang jenis tak suka pujuk orang. Apa salahnya buat orang tersayang gembira daripada berduka.

9. MASA BERKUALITI

Beri pasangan masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Selalunya masa berkualiti ini paling sesuai dilakukan sebelum anda melelapkan mata. Sembang-sembang santai. Tanya apa jadi dalam kehidupan sehariannya.

10. JANGAN LUPA BERDOA

Sentisa berdoa pada Ilahi agar dikurniakan rasa kasih berpanjangan dan panjang jodoh.

11. JAGA TEMPAT TIDUR

Jaga tempat tidur. Jangan biar bersepah. Basuh cadar, selimut dan sarung bantal seminggu sekali. Ganti dengan yang bersih.

12. HARGAI DENGAN HADIAH

Belikan hadiah walau harganya murah. Lebih elok hadiah itu adalah barang yang si dia betul-betul nak!

13. JANGAN PANAS DILAWAN DENGAN PANAS

Apabila suami marah, jangan menjawab. Ini salah satu cara nak ikat jaga hubungan suami isteri. Tolong belajar mengalah.

14. KUASA PELUKAN DAN BELAIAN

Peluk suami dengan penuh kasih sayang setiap hari.

15. PELUANG BELA DIRI

Beri peluang suami menjelaskan situasi kalau berlaku salah faham. Jangan terus menghukum suami tanpa dia dapat membela dirinya.

Komen anda