Pertunangan dalam Islam hanyalah perjanjian untuk berkahwin. Ikatan pertunangan tidak memberi hak istimewa kepada pasangan itu untuk melakukan hubungan intim. Anda kena faham konsep tunang. Jangan berangan seperti orang yang sudah bernikah.

Jadi pasangan yang bertunang perlu sedar bahawa semasa dalam proses pertunangan mereka mesti mengikuti adab yang sama dengan mana-mana orang lain yang bukan mahram.

Maksudnya, tunang anda masih belum lagi menjadi pasangan anda. Statusnya hanya akan bertukar selepas lafaz akad nikah.

Pasangan yang bertunang boleh berbincang tentang pendapat masing-masing, rancang masa depan bersama dan buat persiapan untuk masa depan. Pun begitu, anda masih tak boleh bermesra atau berdua-duaan kerana ini hanya dibenarkan untuk pasangan yang dah berkahwin.

Anda kena ingat bahawa pertunangan hanyalah satu kenyataan tentang niat pasangan tersebut untuk berkahwin. Ikatan pertunangan boleh diputuskan jika sepanjang tempoh perkenalan itu dirasakan tiada keserasian untuk hidup bersama.

Justeru, ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk anda bebas berhubung tanpa batasan. Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau hubungan anak masing-masing supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang terlarang.

4 Sebab Jangan Menggedik Dengan Tunang
1) Ikatan itu boleh putus.
2) Perbuatan itu berdosa kerana dia bukan mahram.
3) Jangan jatuhkan maruah anda.
4) Jaga nama baik keluarga.

Komen anda