Orang kata, kalau sayang, jangan sayang sangat. Sebab nanti kalau kecewa, sakitnya tu teramat sangat. Begitu juga dengan benci. Janganlah benci seseorang itu secara keterlaluan. Sebab takut jika tiba-tiba dialah yang jadi jodoh kita. Hati manusia kan berubah-ubah. Tidak mustahil jika dulu sayang, tiba-tiba benci. Dulu benci, tiba-tiba sayang.

Perasaan benci selalunya terbit apabila ada perkara yang menjengkelkan pada si dia terhadap anda. Wujudnya perasaan itu didorong oleh emosi menyampah dan meluat padanya. Pun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu benci kepada seseorang.

Baca sebab jangan benci seseorang di bawah ini:

1)Membenci seseorang sebenarnya membuatkan anda memerhatikan si dia lebih daripada orang lain. Anda nampak segala-galanya mengenai dia padahal orang lain tidak perasan pun akan hal tersebut. Secara tidak langsung, anda lebih mengenali dia.

Jadi, janganlah benci kepada seseorang. Daripada anda tidak perlu pun ambil tahu mengenai dia, kini anda telah kenal dia sedalam-dalamnya. Anda pasti akan memerhatikan sikapnya, pakaiannya, cara percakapannya. Ternyata anda lebih kenal dia.

2)Apabila anda benci seseorang, tidak mustahil anda akan terjatuh cinta kepada si dia pada kemudian hari. Hati manusia selalunya boleh berubah-ubah. Walau anda mengatakan benci, namun hati anda semakin tertarik kepadanya.

Naluri manusia sukar untuk dinafikan. Justeru, waspadalah apabila berurusan dengan soal hati. Selalu bertegang urat, mencebik, lama-lama semuanya bertukar rasa suka dan semakin mahu mengenalinya.

3)Membenci menunjukkan anda mahu memutuskan silaturahim. Hukum memutuskan silaturahim adalah berdosa. Justeru elak rasa benci sebaliknya teruskan hubungan sebagaimana biasa. Tidak semestinya wujudkan hubungan cinta.

Bersikaplah biasa-biasa sahaja. Itu lebih baik. Lupakan sebab musabab anda dan dia bermulanya perasaan benci itu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya buat tidak tahu sahaja.

Komen anda