Persoalan yang perlu anda fikir sebelum membenci seseorang ialah mengapa anda benci kepadanya. Cuba senarai sebab musabab anda benci kepada seseorang itu.

Selalunya pasti anda akan rasa menyampah dengan orang itu lalu ianya menjadi punca perasaan benci itu datang.

Usahlah membenci seseorang. Walau apa juga yang menjengkelkan, cuba elak perasaan benci itu hadir dalam diri.

Baca sebab-sebabnya di bawah ini.

1) Membenci seseorang sebenarnya membuatkan anda memerhatikan si dia lebih daripada orang. Anda nampak segala-galanya mengenai dia padahal orang lain tidak perasan pun akan hal tersebut. Secara tidak langsung, anda lebih mengenali dia.

Jadi, janganlah benci kepada seseorang. Daripada anda tidak perlu pun ambil tahu mengenai dia, kini anda telah kenal dia sedalam-dalamnya. Anda pasti akan memerhatikan sikapnya, pakaiannya, cara percakapannya. Ternyata anda lebih kenal dia.

2) Apabila anda benci seseorang, tidak mustahil anda akan terjatuh cinta kepada si dia pada kemudian hari. Hati manusia selalunya boleh berubah-ubah. Walau anda mengatakan benci, namun hati anda semakin tertarik kepadanya.

Naluri manusia sukar untuk dinafikan. Justeru, waspadalah apabila berurusan dengan soal hati. Selalu bertegang urat, mencebik, lama-lama semuanya bertukar rasa suka dan semakin mahu mengenalinya.

3) Membenci menunjukkan anda mahu memutuskan silaturahim. Hukum memutuskan silaturahim adalah berdosa. Justeru elak rasa benci sebaliknya teruskan hubungan sebagaimana biasa. Tidak semestinya wujudkan hubungan cinta.

Bersikaplah biasa-biasa sahaja. Itu lebih baik. Lupakan sebab musabab anda dan dia bermulanya perasaan benci itu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya buat tidak tahu sahaja.

Komen anda