Sikap seseorang selalunya bergantung siapa yang berada di sisinya. Ada beza jika yang di sisi itu individu bergelar kekasih atau kawan. Tidak percaya?

Cuba perhatikan situasi di bawah:

1)Selalunya dengan kekasih, anda hanya ingin tampil dalam keadaan terbaik. Baju hendaklah cantik, seluar perlu sempurna, tudung kena lawa. Pendek kata anda mahu nampak sempurna di depan matanya.
2)Dengan kawan, selalunya anda lebih terbuka. Tidak perlu tampil cantik pun. Yang penting enjoy.

3)Apabila bersama kekasih, tutur kata lebih tersusun rapi. Bicara lebih sopan. Konon-konon bakal isteri solehah. Lagipun anda begitu bimbang jika tersalah cakap, si dia akan kecil hati.
4)Dengan kawan, itulah diri anda yang sebenar. Bercakap main lepas sebab dia tidak kisah pun dengan tutur kata anda. Dia lebih faham dan tidak mudah ambil hati.

5)Apabila makan dengan kekasih, anda selalunya tertib. Mengunyah perlahan-lahan. Nampak ayu dan ala-ala wanita Melayu terakhir.
6)Kalau dengan kawan, anda lebih enjoy. Memang nampak perilaku sebenar. Bukanlah bermaksud anda gelojoh tetapi anda lebih selesa dan  menikmati makanan dengan sebenarnya.

7)Dengan kekasih selalunya akan wujud perangai mengada-ngada. Sikit-sikit hendak merajuk. Dengan harapan sang kekasih memujuk. 
8)Dengan kawan, selalunya jiwa lebih tebal, hati lebih kental. Tiada istilah merajuk. Memang dengan teman selalunya kita lebih banyak kutuk-mengutuk sebagai hiburan.

9)Dengan kekasih selalunya panggilan lebih sopan. Panggilan saya-awak. Nampaklah hormat di situ. 
10)Dengan kawan, panggilan biasa sahaja. Aku-engkau selalunya jadi pilihan. Lebih selesa begitu. Nampak lebih rapat.

Komen anda