Bagaimana hubungan kita dengan Al-Quran? Sejauh mana kita bina hubungan dengan keluarga di sekolah, tempat kerja, dalam komuniti kita berdasarkan Al-Quran? Bila kesedaran singgah dalam hati, beranikah kita tunjukkan pada dunia tentang cinta yang Allah SWT tunjukkan dalam Al-Quran?

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam ritual ibadah Haji. Pada hari ini, semua umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan ibadah haji akan berkumpul di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf sebagai kemuncak ibadah haji.

Bersamaan dengan ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) akan turut mengadakan acara kemuncak bagi penyatuan hati di seluruh dunia melalui Al-Quran.

World #QuranHour adalah kesinambungan inisiatif sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan setiap 24 Ramadan. Sempena perjumpaan terbesar umah Islam di Arafah, WUI berhasrat untuk bersatu hati mengajak diri, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak-tanduk.

Pelaksanaan program perdana World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Lebih 1,000 pusat di bawah #AktifkanRumahNgaji yang menawarkan pengajian secara percuama bagi mengajak ummah berinteraksi dengan al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkan sehingga lahir kerangka fikir yang akhlak mulia berlandaskan al-Quran.

#MalaysiaNgaji merupakan inisiatif tahunan bermula tahun lalu untuk meluangkan masa sejam bersama al-Quran bagi mengajak masyarakat berinteraksi dengan al-Quran serentak selama sejam di seluruh Malaysia termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Ia sebuah ajakan untuk bersama-sama memuhasabah diri.

Haji di bulan Zulhijjah ini adalah tentang disiplin dalam mengamalkan. Andai benar kita mencintai Al-Quran, buktikan cinta itu. Ia sebuah pengorbanan yang bukan sahaja di simpan di hati dan dalam berfikiran.

Komen anda