Cinta berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati manusia ini pula boleh berubah. Justeru tidak mustahil jika perasaan cinta itu boleh hilang. Lantas pasti ada yang kecewa kerana putus cinta.

Apatah lagi jika hubungan itu telah lama berlangsung. Tiba-tiba kehilangan si dia, pastinya hati terasa begitu sakit. Bukan mudah untuk melupakan si dia namun anda perlu berusaha demi tidak membuatkan hati bertambah sakit akibat terluka.

Hidup perlu diteruskan. Bercinta Selepas Nikah memberikan anda tip supaya mudah move on.

1. BERCUTI

Bercuti adalah terapi paling baik jika anda ingin rehatkan fikiran dari masalah yang melanda. Dengan cara ini, anda juga boleh elakkan daripada berfikir tentang si dia. Ajak teman rapat sekali supaya anda ada teman untuk luahkan rasa dan bergelak tawa.

2. BELAJAR MEMAAFKAN

Walaupun anda dikecewakan, maafkanlah kesalahan si dia. Buang rasa marah itu dan percayalah, anda akan rasa tenang dan lebih bersedia untuk teruskan hidup selepas itu.

3. LUANG MASA DENGAN BFF DAN KELUARGA

Manfaatkan masa anda dengan kawan-kawan dan keluarga. Pulanglah ke kampung. Ziarahi orang tua. Mereka boleh jadi sumber kekuatan untuk anda.

4. CIPTA HOBI BARU

Pelbagai hobi boleh dibuat pada masa sekarang. Contohnya belajar menjahit, memasak, melukis atau apa saja yang anda sudah lama nak buat sejak dari dulu lagi tapi belum ada kesempatan. Sekarang pun boleh belajar online sahaja. Masak resipi viral pun boleh jadi aktiviti di dapur.

5. BERSEDIA UNTUK LEPASKAN SI DIA

Dia sudah sakitkan hati anda. Mengapa masih hendak menunggu si dia lagi? Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Anda kenalah belajar untuk reda dan lepaskan dia pergi. Usah dikenang kisah lama dengan si dia. Hidup perlu diteruskan dan anda mesti kuat untuk hadapi hari-hari yang bakal tiba.

6. TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Ada yang beranggapan bahawa dia putus cinta kerana dia kurang cantik, kurang itu, kurang ini. Anda jangan salahkan diri sendiri. Sebaliknya cuba tingkatkan keyakinan diri anda sendiri. Cuba sesuatu yang baru. Jika selama ini anda suka abaikan diri sendiri, sudah tiba masanya anda ubah semua itu. Belikan diri sendiri baju, kasut, atau apa-apa saja pakaian baru yang boleh bantu anda tingkatkan keyakinan diri asalkan anda mampu. Kalau bukan kita yang nak sayangi diri sendiri, siapa lagi?

7. JANGAN TURUP PINTU HATI
Ramai orang yang terus serik apabila dikecewakan. Paling teruk, ada yang ambil keputusan untuk terus membujang. Jangan begini. Anda perlu ambil pengajaran yang positif daripada pengalaman lalu. Mana tahu, selepas ini anda akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari dulu, kan?

Komen anda