Isteri ialah individu paling hampir dengan suami. Justeru sebagai individu terhampir, sewajarnya isteri perlu jadi orang yang menyenangkan hati suami. Pun begitu, ada beberapa perkara yang menjadi dosa dilakukan isteri tanpa disedari.

Hal ini mungkin dianggap remeh. Mungkin isteri fikir ala tak ada apalah. Benda biasa saja. Namun jangan pandang ringan. Mahukah anda berdosa kepada suami sedangkan syurgamu ada di bawah telapak kakinya?

Bercinta Selepas Nikah senaraikan 6 perkara remeh yang selalu menjadi dosa pada isteri:

1) Isteri yang menyakitkan hati suami dengan kata-katanya. Hal ini mungkin isteri lakukan tanpa sedar. Ketika tubuh penat, rumah pula bersepah mulalah isteri membebel. Ada kala bebelan ini terbawa-bawa sampailah mengungkit hal-hal lepas. Ini membuatkan suami pendam rasa dan sakit hatinya. Namun ada suami yang mendiamkan hal ini kerana tidak mahu hal menjadi lebih besar. Wahai isteri, kau telah berdosa terhadap suamimu.

2) Pada hari ini ramai isteri yang boleh memandu. Lantas, kala suami tiada di rumah, dia bebas keluar rumah tanpa pengetahuan suami. Ingat ya, walaupun sekadar hendak keluar rumah pergi Speedmart beli jajan pun, anda kena maklumkan pada suami. Jika tidak mahu minta izin pun, memaklumkan kepada suami adalah perkara perlu dilakukan.

3) Disebabkan penat bekerja seharian, ada isteri yang menolak ajakan suami untuk bermesra di bilik tidur. Mungkin bagi isteri, penolakan itu perlu diterima sebagai tolenrasi daripada suami. Namun isteri perlu berkorban sedikit demi suami selagi ajakannya itu tidak melampaui batas seperti terlalu kerap.

4) Suami ditukarkan tempat kerja di satu daerah yang agak asing. Isteri tidak mahu ikut kerana tidak suka dengan tempat baharu kerja suami. Walaupun nampak remeh namun sebenarnya ini satu dosa. Tempat isteri ialah di sisi suami. Lainlah jika isteri pun ada kerja di tempat asal dan agak susah jika mahu bertukar ke lokasi baharu dengan suaminya.

5) Isteri yang terlalu suka merajuk. Merajuk manja itu hal lain. Ini merajuk yang sampai buat suami pening kepala atas hal-hal kecil. Janganlah sampai asyik bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. Suami sudah pujuk namun rajuknya makin teruk sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.

6) Membenarkan orang yang tidak disukai oleh suami masuk ke rumah. Hal ini nampak remeh misalnya suami tidak suka dengan Si A kerana dia suka mengumpat. Isteri pula membenarkan Si A masuk ke rumah. Jadilah sesi mengumpat di dalam rumah tanpa kerelaan suami. Jadi, dengarlah kata suami. Jika suami tidak suka, jangan buat.

Komen anda