Salah satu keperluan manusia yang paling penting adalah untuk mencintai dan dicintai. Disebabkan ini adalah salah satu fitrah manusia, ramai yang ingat senang untuk memilih pasangan hidup yang sesuai dengan kita. Tapi realitinya, ramai orang yang asyik tersalah pilih dan akhirnya menyesal.

Mungkin senang bagi sesetengah orang untuk putuskan hubungan tapi tak semua orang sama. Ramai orang yang kekal dalam hubungan yang tak bahagia walaupun tahu yang sebenarnya, mereka mungkin dah tersalah pilih.

Ada banyak faktor yang boleh mendorong pemilihan pasangan hidup kita dan kenapa kita kekal dalam hubungan yang tak bahagia.

Berikut kami senaraikan antara 6 sebab-sebabnya;

1. Takut

Kita semua mesti pernah berada dalam situasi ini – sama ada takut nak minta kebenaran ibu bapa, takut nak berdepan dengan seseorang yang pernah buat anda marah, dan takut untuk tinggalkan sesuatu walaupun sesuatu itu bukan yang terbaik untuk anda.

Ketakutan adalah faktor paling buruk yang boleh mempengaruhi keputusan anda. Ketakutan akan buat anda rasa yang anda mesti cari pasangan hidup secepat mungkin atau anda mungkin akan bersendirian selamanya. Ia membuatkan anda fikir yang anda mesti kekal dengan pasangan anda sekarang sebab dah terlambat untuk putuskan hubungan dan mulakan hubungan baru dengan orang lain.

Sebenarnya, apa yang perlu anda takutkan adalah kalau anda terpaksa habiskan sepanjang hayat anda dalam hubungan yang tak bahagia dengan orang yang salah. Satu cara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan bersikap jujur pada diri sendiri tentang perasaan anda dalam hubungan anda sekarang. Kalau memang sejujurnya anda rasa bahagia, Alhamdulillah. Tapi kalau anda sebenarnya takut nak tinggalkan pasangan anda, lebih baik anda rasa tak bahagia sekejap sekarang dari terus tak bahagia sepanjang hidup anda.

2. Anda Tak hargai Diri Sendiri

Tahap keyakinan diri seseorang akan sentiasa berubah-ubah. Bahayanya adalah bila keyakinan diri anda tengah menurun, anda mungkin rasa anda memang sepatutnya dilayan dengan buruk oleh pasangan anda, jadi anda pun terus kekal dalam hubungan yang tak bahagia tanpa cuba ubah apa-apa.

Tapi akan tiba satu masa bila anda perlu buat keputusan sama ada nak hargai diri sendiri ataupun tidak. Tak ada orang lain yang boleh buat perkara ini untuk anda. Take baby steps. Mulakan dengan langkah kecil dan janji pada diri sendiri yang anda akan sayang dan hargai diri sendiri walaupun kadang-kadang anda rasa seperti tak layak. Ianya satu proses yang akan mengambil masa, tapi ia boleh mengubah hidup anda.

3. Tekanan Dari Orang Sekeliling

Realitinya, nasihat dari orang sekeling tak boleh diguna pakai dalam hal memilih pasnagan hidup. Kita ditekan untuk cari pasangan hidup sebelum kita jadi “terlalu tua” walaupun anda mungkin baru berusia 25 tahun. Kita disuruh percaya pada takdir, ikut kata hati, dan harapkan yang terbaik tanpa perlu berfikir secara objektif menggunakan akal atau menyelidik dulu latar belakang si dia.

Tekanan seperti ini akan buat kita rasa seperti kita perlu cari dan tetapkan pasangan hidup kita secepat mungkin, walaupun mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita.

Apapun tekanan yang mungkin anda hadapi, ingat yang ini sebenarnya hidup anda. Susah senang nanti, anda yang kena hadapinya sendiri.

4. Anda Percaya Cinta Boleh Mengubati Segala-galanya

Ada satu kesilapan besar yang orang ramai selalu buat dalam mencari pasangan hidup – mereka percaya bahawa hubungan cinta adalah “kunci” kebahagiaan. Cara pemikiran sebegini sebenarnya boleh “mengacau” pengalaman anda dalam mencari pasangan hidup. Bila anda percaya yang anda memang perlukan cinta, anda takkan hiraukan karakter, kebolehan atau kemahuan dia. Asalkan dia boleh cairkan hati anda saja, kan?

Nanti lepas kahwin, baru anda tahu yang rasa teruja bila bercinta tu tak tahan lama. Bila dah kahwin dan banyak tanggungjawab, baru anda sedar yang ada sesetengah benda yang anda perlukan, tapi dia tak boleh nak tunaikan. Mungkin keadaan keluarga perlukan dia sentiasa tinggal dengan ibu bapanya, tapi anda tak selesa. Atau mungkin anda dah biasa cari duit atas usaha sendiri, tapi dia pula dah biasa disuap oleh ibu bapa. Kalau tak terangkan perkara sebegini awal-awal, pasti boleh jadi masalah di kemudian hari.

5. Selesa

Sebagai manusia biasa, kita pasti tertarik dengan sesuatu yang buat kita rasa selesa. Ramai diantara kita pilih pasangan hidup yang akan bantu kita untuk terus berada di comfort zone, walaupun comfort zone itu tak seindah mana.

Bila dah lama bercinta, anda mesti rasa lebih susah nak tinggalkan si dia sebab anda dah biasa bersama. Dia tahu tentang masa silam anda, tabiat buruk anda, dia pun dah kenal dengan kawan-kawan dan saudara mara anda, kan? Tambah lagi, macam mana kalau anda tak dapat berjumpa dengan sesiapa lagi selepas ni? Macam mana kalau anda tinggalkan dia, tapi rupanya dia seorang saja boleh terima tabiat buruk anda?

Pasti soalan-soalan ini akan terlintas di fikiran anda. Penyelesaiaanya? Ambil masa untuk kenali diri anda sendiri. Tahu apa yang anda suka dan tak suka, kelebihan dan kekurangan diri, dan cuba wujudkan rasa selesa dengan diri sendiri. Ini juga pasti akan dapat tingkatkan keyakinan diri sendiri nanti. Bila dah dapat, anda pasti sedar yang anda sebenarnya boleh hidup berdikari! Jadi bila anda bertemu dengan seseorang nanti, anda akan jalinkan hubungan dengan si dia atas sebab-sebab yang betul, bukan sebab anda terpaksa!

Komen anda