Untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan, anda patut ambil tahu tentang dia, beri perhatian pada dia, bantu dia bila dia perlu dan boleh berikan dia hadiah sekali sekala. Satu lagi perkara bermanfaat yang anda boleh buat adalah luangkan masa bersama.

Banyak orang lupa tentang hal ini, lebih-lebih lagi kalau dah bernikah. Tapi sebenarnya hal ini akan menguatkan kasih sayang antara suami isteri. Masa ini boleh digunakan untuk lupakan segala tekanan hidup dan fokus pada hubungan anda.

Cari masa untuk luangkan ia dengan pasangan anda. Kalau anda ada anak kecil, tinggalkan mereka seketika dengan orang lain, mungkin pengasuh atau ibu bapa anda. Yang penting, anda boleh nikmati masa berdua!

Nah kami senaraikan beberapa idea untuk anda cuba;

1. Jadi pelancong di tempat sendiri – Tak kira di mana anda tinggal, mesti ada tempat unik yang anda belum terokai. Pandu kereta atau jalan kaki, masuk taman, muzium, atau cuba restoran baru. Atau cari tempat di mana pelancong selalu pergi dan lawati!

2. Buat aktiviti yang berselerak – Kalau anda pasangan yang suka makanan, cuba masak bersama. Cuba penuhkan laman rumah anda dengan beberapa pokok kecil, atau lukis sesuatu bersama kalau anda jenis yang artistik. Apa pun yang anda buat, ketawa dan berseronoklah bersama.

3. Cuba aktiviti baruice skating, roller blading, naik roller coaster, wall climbing atau daki bukit bersama. Cuba aktiviti yang mencabar untuk dalamkan kepercayaan antara satu sama lain.

4. Rancang hari untuk perut – Lawat 4 jenis restoran / kafe yang berbeza. Mulakan dengan teh di kafe kecil, berhenti di kedai bakeri untuk cari pembuka selera, ambil makanan berat di restoran dan cari pencuci mulut di kafe yang lain. Mungkin kosnya sedikit tinggi, tapi boleh cuba sekali sekala untuk cipta kelainan.

5. Pek makanan dan pergi ke tempat yang cantik untuk berkelah – Tak kira di mana anda tinggal, pasti ada tempat yang cantik di sekitar anda. Anda boleh berkelah sambil lihat matahari terbenam di tepi pantai, makan tengahari dengan tenang di tepi dusun, atau habiskan masa sepetang di dalam taman.

Meluangkan masa yang berkualiti dengan pasangan anda akan mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana sunnah Nabi Muhamad SAW. Anda boleh belajar benda baru tentang pasangan anda, bina kekuatan bersama, dan hargai dia seadanya.

Apa yang kami senaraikan di sini hanyalah cadangan. Kalau anda ada idea-idea lain, silakan!

Komen anda