Memang ada individu yang mempunyai perasaan cemburu terlalu kuat. Mereka ini mungkin boleh bertindak di luar jangkaan. Mereka cemburu jika pasangan berhubungan dengan orang lain. Perasaan cemburu mereka ini meningkatkan rasa curiga bahawa pasangan mereka mungkin berlaku curang.

Ada yang kata cemburu tanda sayang. Kalau tak cemburu, maka tidak sayang kepada pasangan. Pun begitu, anda perlulah bijak mengawal emosi cemburu itu supaya tidak keterlaluan lantas digelar cemburu buta. Bahaya perasaan ini kerana anda mungkin boleh berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya sehingga membahayakan nyawa.

Sila kawal perasaan cemburu anda. Bercinta Selepas Nikah memberikan sedikit panduan untuk anda:

ELAK SALAHKAN PASANGAN
Jangan asyik menyalahkan pasangan anda. Kalau anda selalu melihat si dia salah, maka anda selalu anggap anda betul. Lantas ianya memberikan lampu hijau untuk anda berprasangka dan sekali gus cemburu terhadap pasangan anda walaupun si dia hanya bertegur sapa dengan jiran depan rumah anda.

MEMBERI MAKNA MAAF YANG SEBENAR
Apabila anda dikuasai perasaan cemburu, tolong berikan kemaafan kepada pasangan. Misalnya anda cemburu kerana pasangan bertegur sapa dengan jiran depan rumah. Hal itu mungkin bukan salah besar pun. Namun jika anda menganggap ianya satu kesalahan, maka maafkanlah dia dalam erti kata sebenar. Jangan mengungkit.

BERI MASA PADA DIRI SENDIRI
Seorang yang kuat cemburu perlu sedar bahawa dia sememangnya ada sifat buruk ini. Anda perlu sedar dan ambil masa untuk berubah. Cuba jangan cepat prasangka dan bertindak sehingga membuatkan pasangan anda lemas dengan sikap anda.

POSITIFKAN DIRI
Dalam apa-apa hal dalam kehidupan ini, anda perlu positif. Memang mudah untuk menuturkan kata-kata positif. Namun anda bukan setakat perlu menuturkannya namun mengaplikasikannya dalam kehidupan.

JANGAN CEPAT PRASANGKA
Orang cemburu jangan mudah berprasangka buruk. Jangan biarkan hal prasangka itu menguasai diri.

Komen anda