Tidak dinafikan ada kala kita minat pada seseorang. Malah kita seperti rasa bahawa dia ialah calon jodoh. Pun begitu ada juga beberapa perkara boleh dijadikan petunjuk sama ada si dia sesuai jadi kawan atau jodoh.

Paling utama ialah anda lihat betapa si dia ambil berat terhadap anda. Bagaimana cara layanannya. Adakah hanya anda yang berasa dia itu jodoh tetapi sebaliknya si dia tidak rasa apa-apa pun.

Berikut 15 petunjuk si dia cuma layak jadi kawan. Jodoh perlukan seseorang yang lebih daripada ini.

1. Terang-terangan dia mengaku mempunyai ramai kenalan perempuan dan masih keluar dating dengan mereka.

2. Tiap kali berjumpa dengannya, anda tidak merasai debaran. Seolah-olah tiada apa-apa.

3. Apabila nak keluar dengannya, anda tidak rasa perlu bersiap. Selekeh pun tak apa. Tak pening fikir baju apa, tudung apa. Pendek kata asal siap.

4. Semasa nak beli air, dia selalu minta anda bayarkan dengan alasan tak ada duit kecil.

5. Apabila ada sesuatu yang lucu, anda tak malu nak ketawa berdekah-dekah. Anda boleh jadi diri sendiri walaupun masih baru kenal.

6. Apabila bercuti jauh, anda tak teringat langsung pada dirinya.

7. Dia tak malu dan tidak teragak-agak minta pinjam duit daripada anda.

8. Setiap kali nak berbual di telefon, dia hanya tinggalkan missed call dan harapkan anda akan telefon dia semula. Apabila ditanya, alasan biasa – kredit habis.

9. Apabila anda ceritakan pengalaman putus cinta, dia boleh dengar bersungguh-sungguh tanpa tunjuk sebarang emosi.

10. Dia tak pernah bercakap atau beri sebarang tanda tentang masa depan hubungan anda berdua. Ini kerana dia tidak rasa anda istimewa.

11. Dia tak berminat nak tahu kisah peribadi anda seperti latar belakang, didikan, apa yang anda minat atau adat keluarga.

12. Dia tak pernah ingat tarikh-tarikh yang penting untuk anda. Apabila disebut, barulah dia ajak makan bersama tapi bukan yang istimewa pun.

13. Paling banyak pun, dia hanya berikan anda fridge magnet atau penanda buku bila dia balik bercuti.

14. Dia tak pernah ajak anda datang beraya ke rumahnya atau jumpa dengan mana-mana keluarganya. Kalau bukan ibu bapa dia pun, sekurang-kurangnya adik-beradik dia.

15. Setiap kali berjumpa kawan, dia akan kenalkan ada sebagai kawan dia.

Komen anda