“Saya yakin awak jodoh saya. Saya tetap akan tunggu awak.”

Bunyi macam ayat novel cinta. Hakikatnya masih ramai wanita yang cepat cair apabila dengar ayat-ayat sebegini. Tidak dinafikan wanita memang mudah tertarik dengan lelaki yang bijak berkata-kata. Jika tidak, masakan boleh wanita terpedaya dengan janji lelaki yang hanya dikenali di laman sosial.

Ini sebabnya jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki tanpa usul periksa. Selidik latar belakang si dia yang mungkin anda fikir sebagai calon jodoh. Kami berikan 10 situasi dan sebab kenapa perlu selidik calon jodoh yang selalunya berjanji manis.

1) Lelaki bermulut manis sangat berbahaya. Mereka ada kebolehan untuk dapatkan apa yang mereka mahu daripada orang lain tanpa lakukan apa-apa. Ayat-ayat power digunakan untuk memancing anda mengenai jerat supaya anda menurut kata mereka.

2) Bila dah dapat perhatian dari anda, mereka akan segera memanipulasi fikiran anda untuk buat diri mereka nampak sempurna di mata anda. Anda akan terpedaya dan fikir tak ada orang lain sebaik mereka.

3) Mula-mula mungkin hubungan anda akan nampak indah. Dia suka belikan bunga, hadiah, layan anda dengan penuh kasih sayang. Justeru anda perlu berhati-hati dengan segala tindakannya.

4) Jangan tidak percaya. Ada lelaki bermulut manis yang sanggup menjadikan perkahwinan sebagai batu loncatan untuk dia dapatkan apa yang dia mahu. Wanita beranggapan lelaki itu ikhlas, namun sebaliknya yang berlaku.

5) Lelaki sebegini tidak pernah ikhlas. Sebaliknya hanya ada satu tujuan iaitu untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Mungkin duit, pangkat, status, kawan-kawan atau hanya nak gunakan anda. Bila dah dapat apa yang mereka mahu, barulah nampak diri mereka yang sebenar.

6) Wanita yang jadi mangsa selalunya adalah wanita yang berhati lembut dan cepat cair. Mungkin mereka pernah berada di situasi yang membolehkan lelaki itu nampak kelemahan mereka. Dan selalunya, wanita yang rasa terdesak untuk berkahwin akan lebih senang percaya pada kata-kata manis ini. Jadi mereka silap percaturan dan jatuh cinta pada orang yang salah.

7) Secara semula jadi, wanita memang lemah emosinya. Memang fitrah kaum wanita. Inilah salah satu sebab kenapa Islam mewajibkan penglibatan wali dalam pernikahan seseorang wanita. Jadi kalau anda wanita yang masih berstatus single, jangan mudah percaya pada janji manis lelaki.

8) Masih ramai lelaki baik dalam dunia ini. Kena cari dengan muhasabah diri. Bincang dengan orang terdekat seperti ibu bapa atau sahabat yang boleh dipercayai. Selidiki latar belakang lelaki itu. Jangan dikaburi dengan mulut manis atau janji-janji yang ditabur dengan limpahan kata cinta.

9) Sebelum benarkan sesiapa masuk ke dalam hati, siasat dulu latar belakang dan sejarah hidupnya betul-betul. Kalau boleh, libatkan sekali orang yang anda percayai.

10) Memang nampak remeh dan seolah-olah tak percayakan dia dari awal lagi. Namun  lebih baik anda berjaga-pada pada peringkat awal daripada menyesal kemudian hari.

Komen anda