Memang tak mudah nak cari pasangan yang sesuai dengan kita. Selain dari nak penuhi kemahuan sendiri, kita juga perlu fikirkan tentang harapan pasangan kita terhadap kita.

Dari sudut pandangan seorang perempuan pula, banyak kelakuan lelaki yang boleh dianggap sebagai “signal” yang menunjukkan sama ada seseorang lelaki itu sebenarnya berminat atau tidak padanya.

Kalau anda lelaki yang dah ada calon pilihan hati, nah kami sediakan 10 perkara yang boleh membantu anda terus tangkap hati si dia.

  1. Berpakaian kemas

Secara amnya, bila nak jumpa calon pasangan, perempuan pasti akan berusaha sehabis baik untuk nampak cantik dan kemas. Jadi lelaki pun mestilah buat usaha yang sama. Ingat bahawa penampilan anda akan membentuk tanggapan si dia pada anda, terutamanya di peringkat awal perhubungan.

Tak perlu terlalu segak. Cukup sekadar pastikan yang anda berpenampilan kemas dan bersih. Si dia pasti akan hargai usaha anda.

  1. “Pandai masak tak?”

Mungkin sudah kebiasaan cara fikiran masyarakat kita – kalau perempuan, mesti kena pandai masak. Sebenarnya masak bukan kerja seorang isteri dan siapa-siapa pun boleh belajar memasak bila-bila masa asalkan ada sumber motivasi.

  1. Hormati privasi si dia

Jangan cerita pada apa-apa yang si dia ceritakan pada anda kepada orang lain. Kalau dia ada bercerita pada anda, maksudnya dia percayakan anda jadi anda pun kena buktikan yang anda adalah seseorang yang boleh dipercayai.

  1. Berkomunikasi dengan baik

Selalunya kalau seseorang lelaki dah tak berminat, dia terus senyap. Jangan begitu. Terus terang. Kalau anda senyap, si dia akan terus fikir dan kecewa seorang diri. Kalau ada lelaki lain yang datang padanya pun, mungkin dia menolak pada mulanya sebab masih berharap pada anda. Jadi telefon dia dan bagitahu perasaan anda yang sebenarnya supaya masing-masing boleh move on.

  1. Kongsi rezeki

Bila nak melawat si dia atau keluarganya, apa kata anda bawakan kuih atau bunga. Bukan nak beli hati si dia tapi cuma untuk tunjukkan yang anda sebenarnya ambil berat tentang hubungan anda.

  1. Tunjukkan kematangan

Dalam perhubungan, memang seronok kalau dapat pasangan yang boleh hiburkan hati kita dengan lawak jenaka. Tapi anda pun patut tunjukkan kematangan anda dengan pengetahuan untuk membezakan masa yang sesuai untuk serius atau membuat jenaka. Anda kan nak jadi ketua keluarga, imam dan pelindung kepada isteri dan anak-anak anda nanti?

  1. Berpada-pada bila bercakap

Ada sesetangah lelaki yang suka nak beritahu berapa perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengannya sebelum ini. Walaupun anda mungkin bergurau, tapi ada sesetengah topik yang memang sensitif terhadap perempuan. Tunjukkan yang anda serius dan betul-betul hargai kehadiran dia.

  1. Jaga batas perhubungan

Kata orang, “cinta kerana Allah”. Jadi pastikan hubungan anda sentiasa berada di landasan yang betul. Jangan terlalu kerap berjumpa atau berbual kosong tanpa ada apa-apa tunjuan atau manfaat. Percayalah, ini juga akan bantu yakinkan si dia yang anda memang calon suami yang terbaik untuk dia.

  1. Terus terang

Anda nak terus tinggal dengan ibu bapa? Anda nak si dia bekerja atau jadi suri rumah? Berapa hutang PTPTN anda? Berapa ramai anak yang anda mahukan? Penting kah untuk anak anda nanti di didik di sekolah agama? Pastikan anda pilih seseorang yang sependapat dengan anda. Memang suami isteri perlu ada sikap toleransi tapi bila ianya melibatkan keputusan yang besar, lebih baik anda tahu yang anda berdua tak sebulu dan berpisah sekarang daripada berpisah di kemudian hari.

Tujuan soalan-soalan ini bukanlah untuk cari gaduh tapi cuma untuk jujur dan berterus terang supaya masing-masing boleh  buat persediaan yang sepatutnya.

  1. Jujur

Zaman sekarang, tak susah pun nak cari informasi tentang seseorang secara online. Jadi kalau anda cakap sesuatu pada dia, tapi profil anda di Facebook atau Twitter mengatakan benda lain, si dia pasti akan menjauhkan diri. Amalkan sikap jujur saja dari awal.

Kredit gambar: PicJumbo

 

Komen anda