Jika anda sayang akan rumahtangga sendiri, tolong jangan bercerita masalah rumahtangga dengan orang lain terutama yang berlainan jantina. Hal ini terlalu banyak buruknya.

Sudah banyak contoh yang membuktikan hal ini sebenarnya mengundang keruntuhan kepada rumahtangga itu sendiri. Asalnya hanya bercerita, kemudian meleret kepada luahan perasaan, diakhiri dengan jatuh cinta. Kesudahannya rumahtangga porak-peranda. Hal ini umpama tikus memperbaiki labu. Semuanya menjadi semakin teruk dan musnah.

Masalah rumahtangga tidak perlu diceritakan pada orang lain. Lebih baik jika anda dan pasangan cuba memperbaiki maslah tersebut secara berhemah.
Berbincanglah dari hati ke hati. Jika anda perlu untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati, carilah orang yang betul. Misalnya sahabat baik yang sama jantina dengan anda. Jika tiada yang boleh anda percayai, ceritalah pada adik beradik anda.

Jika anda memilih untuk bercerita masalah dengan orang yang berlainan jantina maka anda sebenarnya sedang menyiram minyak ke atas api. Kemarahan akan menjadi semakin marak dan tiada satu pun kebaikan pasangan yang akan anda nampak. Anda menjadi tidak menghargai pasangan sendiri dan melihat individu yang di depan mata anda itu semakin menarik kerana si dia kononnya lebih memahami masalah anda.

Apa Nak Buat Jika Rumahtangga Ada Masalah?

  • Jangan cerita pada orang lain. Cuba selesaikan dahulu.
  • Pilih individu yang betul untuk kongsi masalah.
  • Berbincang dengan pasangan.
  • Kenang kembali saat indah anda berdua.
  • Banyakkan solat sunat, mengaji al-Quran dan tenangkan diri.

Komen anda