Genap sebulan perkahwinan antara aku dan abang Emier . Namun , kami masih seperti orang asing . Saling tidak bertegur sapa diantara satu sama lain , bercakap bila ada keperluan sahaja .

Perkahwinan kami langsung tidak di rancang . Sebenarnya , abang Emier akan berkahwin dengan orang lain . Orang itu adalah kakak aku sendiri .

Sakinah melarikan di hari perkahwinannya dan aku pula yang menjadi mangsa keadaan dengan berkahwin dengan lelaki yang sepatutnya menjadi abang iparku . Walau apapun , aku menerima dia seadanya .

Aku duduk sendirian di taman mini yang berlatarkan air terjun buatan semua itu idea abang Emier . Itupun aku mengetahui dari ibu mertuaku .

Alhamdulillah , aku diterima baik oleh keluarga Abang Emier . Aku juga punya adik ipar yang sebaya denganku iaitu 17 tahun .

Beza umurku dan suami 10 tahun, Terlalu muda kan ? sekarang , tentu aku sedang bergembira dengan Mimi dan Julia sekarang dan juga buat part time sementara tunggu result .

Deruman enjin kereta memasuki lama rumah mengejutkan aku dari lamunan . Segera aku menuju ke pintu utama menanti suamiku .

‘abang Emier nak makan ? Sofea boleh panaskan lauk . soalku sebaik abang Emier melangkah masuk

‘ Tak payah . malam saya makan kat luar ‘ balas abang Emier . dingin .

Aku sekadar mengangguk faham . Dalam hatiku berasa lega kerana aku tak perlu memasak untuknya kerana kepalaku sedang sakit dan hidungku mula tersumbat . Aduh ! tanda-tanda nak demam la ni .

Aku tertidur di sofa kerana kepalaku terlalu sakit hingga aku nak berjalan pun tak larat . Minyak angin aku titiskan pada jari telunjuk lalu ku oles sedikit di kepala dan juga di hidung .

Aku tersedar apabila tubuhku digoncang perlahan . siapa pula yang menganggu tidurku ? mataku buka perlahan dan aku terkejut melihat wajah abang emier terlalu dekat dengan wajahku .

Bangun , makan bubur ni ! arah abang Emier tegas . aku kelu . adakah aku sedang bermimpi ?
Aku ingin mengambil mangkuk dari abang emier namun lelaki itu memegang kemas membuatkan aku tidak sengaja menyentuh tangannya .

Maaf ! lantas aku menunduk .

Tanpa membalas , abang Emier menyuakan sesudu bubur kepadaku . memang romantic kalau abang emier mengiktirafku sebagai isterinya . Aku hanya mampu menelan tiga suapan , selebihnya aku menolak . Tekakku terlalu perit .

Lain kali , kalau tak sihat bagitahu . takde la menyusahkan orang . kata abang emier sebelum berlalu .
Aku sedikit terasa dengan kata-katanya . Tanpa dipinta , airmataku jatuh berderai sehingga aku kembali terlena .

*****
Aku terjaga apabila matahari memancar dari arah tingkap terus ke wajahku . kepala masih lagi berdenyut dan hidung masih lagi tersumbat . Aku gagahkan diri untuk ke kamar mandi dan menunaikan perintah yang Maha Esa .

Usai menunaikan solat , aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suamiku . Nafasku termengah seketika kerana sakit kepalaku semakin kuat .

Aku berlari ke singki membuang segala isi perutku . airmata jatuh lagi kerana tiada orang yang ambil tahu . kalau Sakinah ada pasti dia orang yang paling risau dan akan menemaniku sepanjang hari .

Terasa ada orang sedang mengurut tengkukku . aku terkesima .. lantas aku berkumur dan membasuh muka . Aku kembali ke meja untuk menyiapkan kerjaku yang tergendala namun tanganku ditarik lembut oleh abang Emier lalu dia memegang kedua belah bahuku . aku terkedu

‘Sofea , kalau tak sihat . Jangan paksa diri . Abang boleh buat semua ni sendiri !’ lembut kata-kata abang Emier menyapa telingaku .

‘Takpe la , bukannya berat sangat pun kerjaa ni .. nanti …. ‘

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku , tubuhku diangkat oleh abang Emier .

‘Hari ni , Sofea tak payah buat kerja . Biar abang je yang buat . Sofea rehat ye’ kata abang Emier sambil tersenyum manis kepadaku .

Dia meletakkan aku diatas katil dan menyelimutkan tubuhku sebelum beredar keluar dari kamarnya . aku tersenyum sendiri dan akhirnya terlena .

Aku tersedar bau hangit memenuhi ruang . Lantas aku turun dan bergegas ke dapur .
‘sayang dah bangun ?! kan abang suruh berehat tadi ?’ kata abang emier tanpa rasa bersalah apabila kuali yang baru ku buka dari balutan , hangus !

Seketika aku terkelu mendengar dia memanggilku sayang . Tanpa menjauhkan lamunan , aku menghampirinya dan menutup api dapur .

Macam mana Sofea tak terjaga , bau hangit dah semerbak dalam rumah . kalau ibu ke mama yang datang , tak pasal-pasal panggil bomba ingat rumah terbakar .

Nakal erk ! abang mencubit pipiku lalu menarikku kedalam pelukannya .
Sorry sayang . kita makan dekat luar . Abang tak mampu nak jadi suami terbaik untuk sayang . kata abang Emier sayu .

Takpe . Abang jaga Sofea pun dah cukup . Abang lah suami terbaik . balasku teragak-agak .
Mulai sekarang , abang janji abang akan jadi suami yang terbaik untuk sayang dan sayang pun kena janji sesuatu dengan abang . pinta abang Emier .

Janji apa ? soalku perlahan .

Janji jangan tinggalkan abang dan mulai sekarang , bahasakan diri sebagai sayang dan abang Emier , abang je . promise ?

Abang Emier menghulurkan jari kelingkingnya dan tanpa ragu aku menyaut jari kelingkingku pada jari kelingkingnya .

Sayang janji sayang takkan tinggalkan abang dan Sayang janji akan jadi isteri yang baik . Janjiku

Cerpen Suamiku , Abang Iparku hasil penulisan Nurul Mustafa

Komen anda