Jodoh datang dalam pelbagai situasi. Ada yang datang secara jelas. Ada yang hadir dengan penuh teka-teki. Sehingga ada kala kita jadi buntu kerana tidak pasti dengan pilihan yang ada.

Pada usia remaja, selalunya kita dianggap masih kurang berpengalaman dalam menentukan hala tuju kehidupan. Sebab itulah ibu bapa akan ambil berat terhadap segala keputusan yang kita lakukan. Termasuklah soal jodoh.

Justeru semakin usia meningkat, maka ibu bapa semakin ambil berat soal jodoh.

Mereka akan mula mencarikan jodoh sesuai untuk kita. Pun begitu, bagaimana jika anda sebenarnya sudah mempunyai calon sendiri? Hanya menunggu si dia yang agak ‘liat’ untuk memulakan sesi merisik.

Bercinta Selepas Nikah memberikan panduan ringkas untuk anda lebih jelas mana satu yang sepatutnya dipilih. Lakukan tip di bawah:

1) USAH SOROK ATAU BERAHSIA

Jika anda sudah ada calon jodoh, jangan sesekali rahsiakan daripada keluarga. Beritahu ibu bapa anda bahawa anda sekarang sedang berkawan dengan seseorang. Jadi tidak akan timbul soal keluarga cuba mencarikan jodoh untuk anda.

2) KENALKAN KEPADA KELUARGA

Bawa si dia berjumpa keluarga anda. Dari sini ibu bapa boleh mengenal pasti sama ada si dia orang yang sesuai untuk anda atau tidak. Selalunya orang tua ada deria keenam yang boleh ‘membaca’ perangai sebenar anak muda.

3) SOLAT MINTA PETUNJUK

Jika keluarga turut mempunyai pilihan calon jodoh, maka anda sebagai anak perlu memikirkannya dengan baik. Usah anggap negatif. Lebih baik anda mendirikan solat sunat misalnya solat hajat dan solat istikharah supaya diberikan petunjuk jodoh yang mana lebih sesuai untuk anda.

Komen anda