Bercinta Selepas Nikah menyenaraikan beberapa fakta mengenai nikah gantung untuk anda.

  • Nikah gantung ialah keadaan sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut segala syarat nikah dalam Islam. Pun begitu, mereka ditangguhkan untuk tinggal bersama-sama hinggalah selepas hari persandingan.
  • Menurut pemahaman masyarakat Melayu, mereka tidak mahu seri pengantin hilang jika bersanding selepas suami isteri tinggal bersama. Justeru mereka menegah pengantin yang sudah bernikah tinggal bersama apatah lagi melakukan hubungan intim.
  • Nikah gantung sebenarnya hanyalah adat dalam masyarakat Melayu.
  • Apabila seorang lelaki dan wanita sudah bernikah, mereka ada hak untuk tinggal bersama. Ini kerana mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.
  • Pun begitu, ada beberapa sebab yang menghalang suami isteri daripada tinggal bersama misalnya atas sebab pengajian di institusi pengajian tinggi. Pasangan suami isteri boleh tinggal berasingan atas keredaan masing-masing dan bukannya paksaan.
  • Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak suka amalan yang menyukarkan lelaki dan perempuan untuk bernikah. Hal ini termasuklah seperti meletakkan nilai wang hantaran yang terlalu tinggi hingga membantutkan niat untuk berkahwin.

Komen anda