Sakitnya rasa hati apabila si dia berbohong. Rasa tertipu dan hendak marah semarah-marahnya pada dia. Kecil hati kerana ditipu. Hilang rasanya kepercayaan yang dibina selama ini.

Apabila anda memang betul ditipu, apa tindakan yang akan anda lakukan?

1) MINTA KEPASTIAN
Hubungi dia atau bertemu dengannya. Tanyakan kenapa dia bertindak menipu anda. Apa juga alasan yang diberikan, anda perlu bertenang terlebih dahulu. Orang menipu memang banyak alasan yang akan diberikan. Sikap suka menipu ini selalunya terbit apabila seseorang individu itu mahu melepaskan dirinya daripada dipersalahkan. Padahal berbohong hanya akan menjadikan satu perkara itu menjadi lebih besar.

2) PERJELASKAN KEADAAN
Katakan pada si dia bahawa tindakannya berbohong itu amat menyakitkan. Malah membuatkan kepercayaan anda luntur. Hal ini mungkin boleh menyedarkan si dia mengenai perangainya yang berbohong kepada anda. Katakan pada dia sepatutnya dia tetap bercakap benar walau apa juga keadaannya kerana berbohong adalah satu sikap yang patut ditinggalkan.

3) FIKIR MASA DEPAN
Minta si dia fikir soal masa depan. Jika ketika dalam hubungan sebelum kahwin pun dia sudah selalu berbohong, apatah lagi selepas berkahwin nanti. Sudah pasti anda tidak mahu dibohongi, bukan? Hal ini boleh jadi faktor kepada putusnya hubungan dan mencari jalan kehidupan berbeza.

4) JANGAN PERTARUH NASIB
Sebagai individu yang tidak mahu menanggung risiko, anda fikirlah mengenai nasib anda jika berkahwin dengan orang yang suka berbohong. Sikit-sikit berbohong. Sampai bila anda tahan hidup dengan orang macam itu?

5)BERI PELUANG KEDUA
Jika anda berhati mulia dan perkara yang dia berbohong itu adalah perkara kecil serta atas alasan munasabah, bolehlah berikan peluang kedua. Pun begitu sila beri amaran supaya dia tidak lagi mengulangi hal yang sama.

 

 

Komen anda