Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.

Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkapan ‘aku cintakan kamu’

SITUASI KETIKA BERGADUH

Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you’ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.

Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.

Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu’ kepada pasangan.

SITUASI KETIKA BERJAUHAN

Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you’. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.

Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.

SITUASI KETIKA DIA SUDAH TIADA

Ungkapan ‘I love you’ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu. Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you’ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.

Komen anda