Melakukan ujian HIV adalah salah satu syarat yang perlu dipatuhi sebelum anda dibenarkan bernikah. Hal ini bukanlah untuk merumitkan proses pernikahan atau memalukan sesiapa sebaliknya demi menjaga kesejahtaraan suami isteri dalam melayari rumahtangga masing-masing.

HIV ialah penyakit yang lazimnya boleh berjangkit melalui hubungan seksual, berkongsi jarum suntikan dan pemindahan darah. Justeru, bagi individu yang mempunyai virus HIV dalam darahnya, berkemungkinan besar boleh menyebabkan pasangannya berjangkit melalu hubungan intim.

Justeru bagi menjaga keharmonian rumahtangga, setiap individu perlu melalui ujian ini.

Bolehkah Bernikah Jika Positif?

Sekiranya selepas ujian HIV anda didapati negatif, maka proses seterusnya adalah mendapatkan kebenaran bernikah dari Jabatan Agama Islam lokasi masing-masing. Pun begitu, jika pasangan didapati positif, maka anda boleh meneruskan niat untuk bernikah ataupun tidak.

Tiada sebarang penolakan dilakukan oleh jabatan agama terdapat permohonan anda. Positif atau negatif ujian HIV bukanlah syarat sah untuk membolehkan anda bernikah. Ianya lebih kepada proses untuk pasangan berhati-hati terhadap taraf kesihatan pasangan masing-masing.

Jangan Pandang Negatif

Anda dinasihatkan jangan memandang negatif kepada penghidap HIV. Ini kerana bukan semua daripada mereka yang dijangkiti HIV disebabkan melakukan seks rambang atau berkongsi jarum suntikan. Ada yang dijangkiti melalui proses pemindahan darah.

Pasangan yang positif HIV namun tetap mahu meneruskan pernikahan, dinasihatkan supaya mendapatkan tunjuk ajar daripada pakar perubatan. Ini demi menjamin keselamatan dan kesejahtaraan pasangan anda dan anak yang mungkin akan ada di dalam kandungan suatu hari nanti.

Info:
* Ujian HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan sahaja.
* Sila lengkapkan borang dengan betul sebelum membuat permohonan.
* Rajin-rajin layari laman sesawang Klinik Kesihatan sebelum pergi membuat pemeriksaan.
* Setiap Klinik Kesihatan ada masa tertentu untuk membuat ujian ini. Masa mereka berbeza-beza bergantung kepada pengurusan klinik.

 

Komen anda