Dalam berkasih sayang, rumahtangga juga sebenarnya mengenai memikul dan melaksanakan tanggungjawab. Cakap memang senang tapi hendak melunaskan tanggungjawab itu amat berat. Apatah lagi jika anda mempunyai sikap sambil lewa.

Lihat sahajalah statistik perceraian yang tinggi di setiap negeri dalam tanah air. Kebanyakannya kerana kelemahan seseorang pasangan itu dalam melaksanakan tanggungjawab. Justeru amat penting sebenarnya mengenal pasti, mengetahui, ambil tahu dan celik tanggungjawab sama ada suami atau isteri.

1) PERBAIKI DIRI
Semasa hidup bujang, barangkali kita ada perangai buruk. Misalnya suka tidur semula selepas Subuh. Kemudian bangun selepas jam 10 pagi. Suka kumpul baju kotor di dalam bilik, berlonggok tepi bilik mandi. Justeru ubahlah sikap tersebut selepas berkahwin. Jadilah manusia yang lebih baik.

2) BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERSEMANGAT
Pilihlah kawan yang baik-baik supaya anda dikelilingi manusia yang memberi manfaat buat diri anda. Misalnya mulalah jinak-jinak dengan mereka yang suka pergi ke masjid dan majlis ilmu. Cukup-cukuplah enjoy tak tentu hala apabila anda sudah mula berumahtangga.

3) KUMPUL MINAT PADA BUKU
Minat pada permainan video itu bolehlah kurangkan. Begitu juga hobi yang kurang bermanfaat dan memerlukan kos tinggi. Carilah sesuatu yang lebih bermanfaat. Misalnya buku agama dan motivasi. Bolehlah memperbaiki diri.

4) BANYAKKAN BERDOA
Jika dulu mungkin doa yang dibaca tidak sampai ke dalam hati. Namun pada kali ini cuba berdoa dengan lebih ikhlas. Masuk ke dalam hati dan anda benar-benar memaksudkan doa itu.

5) REDA DAN BERLAPANG DADA
Terima kekurangan pasangan dengan hati terbuka. Usah merungut, usah menyesal. Setiap manusia ada kekurangan. Namun sebagai manusia yang hebat, usah fokus kepada kelemahan orang lain. Sebaliknya fokus kepada kelebihannya.

Komen anda