Jodoh akan datang pada kita pada masa yang tepat atas takdir Allah. Ada kala tidak pernah terfikir pun bahawa orang yang di depan kita pada hari ini rupa-rupanya bakal menjadi pasangan kita pada masa hadapan.

Bagi Nor Azean Binti Hj Hambali, siapa sangka jodohnya ialah orang yang membantunya ketika dia ditinggalkan bas di tepi highway.

Jom kita ikuti cerita Azean khas untuk Bercinta Selepas Nikah mengenai pertemuan dengan bakal jodohnya ketika itu yang kini menjadi suaminya, Mohamad Faizal Bin Harun

Masa tu saya selalu pergi ke Johor sebab kawan baik nak kahwin. Saya ke sana sebab nak teman dia buat persiapan.

Hari kejadian, saya naik bas ekspress macam biasa.

Bas berhenti di Hentian Pagoh. Saya turun pergi tandas. Orang memang ramai jadi lama juga beratur. Keluar tandas bas dah tiada.

Saya agak panik masa tu. Tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri di tangga bas dan tanya sebab saya nampak macam tak karuan.

Bas tersebut membawa rombongan kakitangan parlimen ke Hospital Sultan Ismail Johor untuk sebuah majlis rasmi.

Lelaki itu jemput naik bas dan tumpangkan saya ke Johor sebab laluan kami sama. Dah sampai Johor, saya ucap terima kasih pada seorang pegawai dalam bas itu. Kemudian saya ada beritahu pada pegawai itu yang saya bekerja di bank. Pegawai itu minta nombor telefon supaya mudah jika hendak berurusan suatu hari nanti. Rupa-rupanya lelaki yang jemput saya naik bas tadi pun save nombor telefon saya.

DIALAH JODOHKU

Nak dijadikan cerita, lelaki yang menjemput saya tumpang bas itulah kini menjadi suami saya. Saya masih ingat satu malam dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Suami saya tanya mengenai beg yang tertinggal atas bas ekspress.

Perkenalan saya dengan suami memang sangat sekejap.

* Bertemu pada Disember 2005
* Serius dalam hubungan 5 Mei 2006
* Bertunang 26 Ogos 2006
* Nikah 17 Februari 2007

Ada hikmahnya saya tertinggal bas ekspres dan menumbang bas kakitangan parlimen. Inilah titik permulaan yang membuatkan saya bertemu jodoh dan kini sudah ada tiga anak.

5 SIFAT SI DIA YANG MEMIKAT HATI AZEAN

– Jujur
Caring
– Tak banyak ragam kerana si dia seorang yang tenang.
– Bertanggungjawab
– Kasih sayang yang sangat kuat untuk saya.

Nasihat saya kepada semua individu yang belum berkahwin, jika anda sudah mempunyai hubungan dengan seseorang, maka percepatkanlah urusan pernikahan. Sesungguhnya bercinta selepas nikah lebih membahagiakan. Lagipun, untuk apa kita bercinta lama-lama? Cepat bernikah, bina keluarga dan di situlah letaknya lubuk pahala untuk kita.

Komen anda