Artikel Pilihan
You are here: Home / Tag Archives: suami isteri

Tag Archives: suami isteri

Feed Subscription

5 Cara Ubah Cemburu Buta: Jangan Biar Musnahkan Perhubungan

Memang ada individu yang mempunyai perasaan cemburu terlalu kuat. Mereka ini mungkin boleh bertindak di luar jangkaan. Mereka cemburu jika pasangan berhubungan dengan orang lain. Perasaan cemburu mereka ini meningkatkan rasa curiga bahawa pasangan mereka mungkin berlaku curang. Ada yang kata cemburu tanda sayang. Kalau tak cemburu, maka tidak sayang kepada pasangan. Pun begitu, anda perlulah bijak mengawal emosi cemburu ... Read More »

Suami Isteri Kalau Gaduh Jangan Lama-Lama

Hidup berumahtangga tidak dapat lari daripada perselisihan faham. Kadangkala hal kecil seperti tidak cuci cawan di sinki pun boleh jadi besar, bermasam muka berhari-hari. Malah ada juga perselisihan faham yang tidak masuk akal boleh membuatkan suami isteri bercerai. Justeru suami isteri perlulah berfikiran lebih rasional untuk mengukuhkan hubungan dalam rumahtangga. Usah jadikan hal kecil sebagai punca untuk anda berdua berpisah. ... Read More »

Elak Bergaduh: Suami Isteri Jangan Berat Mulut

Dalam mengharungi kehidupan berumahtangga, pasti akan wujud keadaan perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Hal ini jika tidak dibendung, boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang dan menjadi rumahtangga porak peranda. Justeru, pasangan suami isteri hendaklah bijak mengawal situasi perselisihan faham supaya keadaan tidak menjadi lebih parah. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah komunikasi dua hala. Jangan abaikan komunikasi dua ... Read More »

Lubuk Ilmu Berumahtangga: Di Mana Nak Dapatkannya?

Ilmu pengetahuan adalah perkara utama yang perlu dimiliki oleh seseorang. Kita perlu melengkap diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat merencanakan kehidupan dengan lebih baik. Ilmu pengetahuan ini bukanlah dapat diperoleh melalui pendidikan formal tetapi turut sesuai diadaptasikan daripada pengalaman ataupun pemerhatian sekeliling. Misalnya, ilmu rumahtangga. Ilmu ini memanglah akan diajarkan dalam kursus kahwin ketika kita mula-mula hendak menjadi raja sehari ... Read More »

Gurau Senda: Panduan Mudah Kekal Bahagia Suami Isteri

Hubungan suami isteri adalah ikatan murni yang perlu dijaga dengan baik supaya kekal bahagia sepanjang masa. Kebahagiaan membuatkan hubungan ini nampak penuh kasih sayang dan romantik sekali. Tanpa kebahagiaan tidak mustahil rumahtangga dilanda pelbagai masalah dan akhirnya menyebabkan perceraian. Bukankah perceraian tidak disukai oleh Allah? Justeru, bagaimanakah caranya untuk menjadikan rumahtangga kita semua bahagia? Tidak dinafikan memang dalam kehidupan sepasang ... Read More »

Tolong Jujur. Susah sangat ke?

Sifat jujur memang nampak mudah. Namun amat susah untuk diaplikasikan oleh orang yang suka berbohong. Tabiat sedemikian menjadi habit setiap kali bercakap. Cakap sikit, asyik nak berbohong. Entah apa yang seronoknya berbohong pun tidaklah dapat dipastikan. Ketahuilah bahawa amat sakit hati kalau seseorang itu mendapati dirinya dibohongi. Terasa sakitnya hingga ke dasar hati. Lagi-lagi yang berbohong itu ialah orang paling ... Read More »

Apa Makna Masa Berkualiti Dalam Rumahtangga?

Sibuk dengan urusan seharian termasuklah kerja dan hal rumah membuatkan kita penat. Tubuh dan minda yang penat menuntut kita berehat untuk memulihkan kelesuan badan. Justeru ada kala kita terlepas pandang akan pasangan. Kita membiarkan dia dengan hal sendiri tanpa menyapa atau menegurnya. Kita sangka pasangan akan OK sahaja. Padahal kita tidak sedar bahawa pasangan memendam perasaan. Suami sibuk, isteri makan ... Read More »

Suami Perlukan Hormat, Isteri Perlukan Cinta

Lelaki ialah individu yang memerlukan rasa hormat daripada isterinya. Jika isteri tidak hormat pada suami, suami akan rasa dirinya tidak diperlukan. Kala itu hati suami akan jadi keras lantas isteri akan rasa dirinya tidak disayang. Ini menunjukkan lelaki perlukan hormat, manakala wanita perlukan kasih sayang. Bagaimana mahu menimbulkan kebersamaan atas kedua-dua kehendak ini? Jom baca solusinya: 1)LEMBUTKAN SUARAMU WAHAI ISTERI ... Read More »

Suami Romantik Dambaan Isteri

Ramai wanita suka lelaki yang romantik. Ini kerana lelaki romantik selalunya akan mengambil berat tentang dirinya. Suami yang romantik pula ialah suami dambaan isteri. Para suami dinasihatkan janganlah mengabaikan elemen romantik supaya isteri rasa dihargai. Walaupun ada yang agak rimas dengan perlakuan romantik namun tidak dinafikan lelaki romantik ini lebih membahagiakan. 10 Ciri Suami Romantik 1) Sentiasa tidur dalam pelukan. ... Read More »

5 Cara Jadi Individu Hebat Untuk Pasangan

Selalu kita nampak di media sosial orang menggunakan perkataan ’till jannah’. Ini menunjukkan betapa ramai yang ingin kekal bersama pasangannya di dunia ini hingga ke syurga. Kami berikan sedikit panduan untuk anda berusaha menuju ke arah positif dalam melayari rumahtangga anda bersama pasangan. 1) BERIBADAT SECARA BERJEMAAH Melakukan ibadat boleh jadi satu tabiat yang menarik jika dilakukan secara berjemaah. Apatah ... Read More »

Scroll To Top
shared on wplocker.com