Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / Sila Semak. Cinta Atau Nafsu?
Sila Semak. Cinta Atau Nafsu?

Sila Semak. Cinta Atau Nafsu?

Cuba bayangkan situasi ini. Anda sedang duduk di pejabat tiba-tiba ternampak seseorang. Dia ialah kakitangan di pejabat anda namun berlainan jabatan. Tanpa mengenali nama atau siapa pun dia, anda terasa ada sesuatu perasaan ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

Sekian lama berkenalan, akhirnya anda membuat keputusan ingin menamatkan zaman bujang bersamanya. Perbincangan sudah dibuat, keluarga juga sudah merestui. Pun begitu, ada satu lagi perkara perlu anda titikberatkan.

Keinginan anda untuk bernikah itu sebenarnya ialah didorong oleh rasa cinta mahu pun nafsu?

1) Bercinta Selepas Nikah menyarankan sebegini. Janganlah anda berkahwin untuk kebahagiaan diri anda semata-mata. Kahwinlah kerana hendak membahagiakan orang lain. Janganlah kahwin kerana hendak dapatkan apa yang anda mahu. Sebaliknya kahwinlah kerana mahu beri apa yang anda ada.

2) Contoh yang boleh diberikan di sini ialah anda bernikah dengan Si A. Dia pernah kecewa dalam percintaan terdahulu. Nikahilah dia untuk memadam kesedihannya dahulu. Berikan kebahagiaan kepada Si A. Dalam pada anda memberikan kebahagiaan kepada pasangan, secara tidak langsung anda pun akan merasai kebahagiaannya.

3) Kahwin bukan untuk penuhi kemahuan hati sendiri. Perkahwinan adalah tentang pasangan anda. Apabila berkahwin, matlamat anda sepatutnya adalah untuk buat dia gembira, untuk tengok dia senyum setiap hari, untuk buat dia ketawa setiap hari.

4) Cinta yang kerana Allah akan membuatkan kita mementingkan orang yang kita cintai. Peka terhadap kemahuannya, keperluannya, harapannya dan cita-cita dia. Sebaliknya nafsu pula akan meminta “Apa yang aku akan dapat?” Cinta akan bertanya, “Apa yang aku boleh beri?”

5) Buanglah ego yang anda miliki kala bersama pasangan. Bukan lelaki sahaja ada ego. Wanita pun sama ada yang berego tinggi. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai segalanya. Ada duit, ada pangkat, ada harta.

6) Cinta dan nafsu memang agak sukar untuk dibezakan. Nafsu bukan sekadar terhadap hubungan intim namun nafsu terhadap hal-hal duniawi. Perkahwinan bukan tentang diri anda sendiri. Ianya adalah tentang pasangan anda. Cinta sejati tak pentingkan diri sendiri. Matlamat cinta sejati adalah untuk membahagiakan orang yang dicintai.

7) Bak kata orang, erti hidup pada memberi. Lebih banyak cinta yang anda curahkan, lebih banyak cinta yang anda akan rasakan nanti. Bukan hanya dari si dia tapi dari kawan-kawan, keluarga dan orang lain di sekeliling anda. Ingatlah, cinta dan perkahwinan bukan untuk dapatkan bahagia. Ianya untuk beri orang lain bahagia.

(761)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com