Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / Sebelum Menerima Pinangan, Fikir 5 Perkara Ini Dulu
Sebelum Menerima Pinangan, Fikir 5 Perkara Ini Dulu

Sebelum Menerima Pinangan, Fikir 5 Perkara Ini Dulu

Kahwin bukan senang. Ini mengenai kehidupan masa depan. Yalah, kita kahwin bukan sehari dua tetapi seumur hidup. Justeru sebelum menerima pinangan seseorang lelaki, fikirkan dahulu faktor-faktor di bawah.

Apabila seseorang wanita itu hendak mengakhiri zaman solo, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

1) Pegangan Agama
Perkara paling utama ialah melihat latar belakang agama si dia dan keluarganya. Jika dia meringankan bab solat, maka sudah pasti hidupnya kurang berkat. Bagaimana dia mahu menjadi imam kepada diri kamu? Jika si dia berada dalam lingkungan keluarga yang mementingkan perihal solat dan ibadat yang lain, insya-ALLAH kamu akan lebih bahagia.

2) Kerjaya dan Kewangan
Lihat kerjayanya. Jika dia tiada pekerjaan tetap, lihat pula cara dia memperoleh pendapatan setiap bulan. Bukan mata duitan. Namun hal ini penting kerana suamilah yang bakal memberikan nafkah kepada kamu dan juga memberi makan kepada bakal anak kamu. Jika si dia tiada pendapat tetap dan tiada pula kerja yang dilakukan untuk menampung hidupnya, bagaimana masa depan kamu nanti? Jika kamu rela menyara hidupnya dan bakal anak kamu nanti, itu lain cerita.

3) Kesihatan
Perhatikan bab kesihatan si dia. Merokokkah dia? Jika merokok, tahap perokok yang bagaimana? Adakah ramai ahli keluarganya yang mempunyai penyakit misalnya kanser? Ini bagi memastikan kesihatan bakal anak kamu nanti. Sebabnya kesihatan seseorang turut dipengaruhi oleh faktor genetik.

4) Hubungan Dengan Keluarga
Orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni selalunya kehidupannya lebih bahagia. Berbanding dengan orang yang hubungan kekeluargaannya huru-hara. Asyik bergaduh dengan adik-beradik. Asyik perang dingin dengan ipar duai. Pilihlah si dia yang berasal daripada keluarga yang aman damai hubungannya.

5) Ada Wawasan
Seseorang yang mempunyai wawasan dalam hidupnya maka kehidupannya lebih sempurna. Bukan mahu seseorang yang berwawasan tinggi melangit pun. Cukuplah jika si dia boleh memikirkan apa yang bakal kamu berdua lalui pada masa depan. Misalnya lepas kahwin, duduk di mana, bagaimana cara meningkatkan ekonomi rumahtangga, perancangan berapa orang anak yang mahu dimiliki, persiapan pembelian insurans untuk keluarga dan lain-lain hal yang penting dalam kehidupan rumahtangga. Sekurang-kurangnya dia berfikir ke arah itu dan bukannya buat tidak tahu. Nanti kamu yang letih sebab fikir seorang diri.

(642)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com