Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / “Miss You Hubby” – Perlu Ke Tonjol Kebahagiaan Di Media Sosial?
“Miss You Hubby” – Perlu Ke Tonjol Kebahagiaan Di Media Sosial?

“Miss You Hubby” – Perlu Ke Tonjol Kebahagiaan Di Media Sosial?

Tidak dinafikan pada hari ini media sosial menjadi medan untuk seseorang itu memuat naik mengenai kehidupan seharian masing-masing. Malah ada yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk bisnes, mencari jodoh dan turut ada yang menjadikannya sebagai medan menonjolkan kebahagiaan rumahtangga.

Ada yang berpendapat kebahagiaan rumahtangga tidak perlu ditonjolkan di media sosial. Ini kerana ditakuti timbul riak kerana menunjuk-nunjuk kebahagiaan. Apatah lagi apabila banyak komen di status anda yang sedemikian. Maka semakin kembanglah rasa apabila ramai yang memuji.

Pun begitu ada yang mengatakan tiada salahnya jika mahu menonjolkan kebahagiaan suami isteri di laman sosial. Katanya hal itu boleh memberi motivasi kepada orang lain untuk turut sama membahagiakan rumahtangga masing-masing.

Banyak pendapat, maka banyak pula komen daripada setiap individu. Ada yang setuju dengan cara mereka yang suka tonjolkan kebahagiaan di laman sosial. Ada juga yang kurang setuju kerana hal tersebut dianggap riak dan menunjuk-nunjuk.

Justeru kami di Bercinta Selepas Nikah ambil pendekatan sebegini:

BERSEDERHANA
Dalam apa-apa juga hal yang kita lakukan, adalah lebih baik jika kita bersederhana. Usahlah keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai terutama pengikut di laman sosial. Janganlah hingga orang meluat atau menyampah dengan apa yang kita tonjolkan di laman sosial. Memanglah akaun laman sosial itu milik kita. Namun jika yang kita tonjolkan itu mengundang perasaan kurang senang orang lain, lebih baik kita kurangkan.

Ini bukanlah soal hati orang yang menilai itu busuk. Sebenarnya lebih baik kita bersederhana daripada kita mengundang orang berperasaan sedemikian. Boleh saja jika kita mahu menunjukkan kebahagiaan suami isteri di laman sosial namun berpada-pada itu lebih baik.

Misalnya jika kita mahu memberikan kata-kata manja ‘terlajak manis’ pada suami, bukanlah lebih baik jika kita sekadar menghantar mesej kepadanya? Untuk apa kita paparkan di laman sosial sehingga semua orang boleh baca? Bukankah tujuan kita hendak orang baca dan memberi komen lantas merasakan bahawa betapa sweetnya kita dan pasangan kita?

Malah untuk apa kita muat naik gambar kita bersama pasangan dengan pose manja? Memanglah kita sudah pun bergelar suami isteri dan perbuatan itu halal untuk kita. Halal untuk kita bukan bermaksud boleh ditayang di media sosial sewenang-wenangnya. Lebih baiklah kita bersederhana dengan apa yang kita lakukan supaya tidak mendatangkan perasaan kurang senang pada orang yang memandang.

Senang kata, bahagia kita biarlah kita yang rasa. Orang tahu kita bahagia dengan pasangan. Tak perlu tunjuk pun orang boleh tahu kerana kebahagiaan itu terpancar melalui wajah yang tenang. Boleh berubah?

(90)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com