Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / Macam Mana Nak Terima Lamaran Sahabat Sendiri?
Macam Mana Nak Terima Lamaran Sahabat Sendiri?

Macam Mana Nak Terima Lamaran Sahabat Sendiri?

Ketika bujang, kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa halangan namun kena ada batasan. Justeru ramai yang menjadi kawan kita.

Dalam pada kita berkawan, mungkin ada yang terjatuh hati. Lantas kita dilamar untuk menjadi pasangannya. Persoalannya, boleh ke hati kita berubah daripada sayang sebagai sahabat kepada sayang sebagai pasangan?

Jangan sesekali menyempitkan calon jodoh yang nak datang kepada diri kita. Jika benar anda sedang mencari jodoh, bukalah pintu seluas-luasnya. Kami berikan panduan untuk anda memberi peluang kepada si dia yang bergelar sahabat upgrade menjadi pasangan.

1) JANGAN BANYAK SYARAT
Untuk berkahwin, jangan meletakkan terlalu banyak syarat. Oh, saya takkan bercinta dengan orang yang sekelas dengan saya. Saya takkan bercinta dengan orang yang sama jabatan dengan saya. Saya takkan bercinta dengan orang yang sama pejabat dengan saya.

Meletak syarat yang bukan-bukan hanya menyukarkan jodoh untuk sampai kepada kita. Kena buka luas-luas perjalanan jodoh itu. Barulah jodoh mudah singgah.

2) BUKA HATI
Jangan tutup pintu hati untuk sahabat sendiri. Apa salahnya jika sahabat bertukar menjadi pasangan? Tak berdosa pun. Sahabat pun ada hati dan perasaan.

3) ANGGAP ITULAH JODOH
Jangan anggap lamaran sahabat anda itu sesuatu yang menyukarkan. Anggaplah ianya sebagai jodoh. Cinta memang tak boleh dipaksa tetapi cinta boleh disemai. Cubalah dahulu. Sahabat ialah seorang yang sudah mengenali perangai kita. Justeru itu lebih memudahkan kalian untuk melayari rumahtangga.

 

(491)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com