Artikel Pilihan
You are here: Home / HANTAR ARTIKEL

HANTAR ARTIKEL

HANTAR ARTIKEL

Jemputan Menghantar Dan Menulis Artikel Ke Blog Bercinta Selepas Nikah

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, selama ini facebook page Bercinta Selepas Nikah (BSN) banyak menerima sokongan daripada para peminat. Tidak kurang juga ada ramai yang menghantar artikel ke Bercinta Selepas Nikah.

Kami menerima baik perkara ini dan amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan. Jadi kami menyediakan satu ruang yang diberi nama” Hantar Artikel ” bagi para pembaca untuk menjadi salah seorang penulis di dalam blog Bercinta Selepas Nikah.

Blog Bercinta Selepas Nikah sangat berminat untuk membantu penulis lain mendapat pembaca terhadap artikel mereka dan seterusnya memperkenalkan nama penulis dan laman blog penulis.

Setiap artikel yang terpilih, kami akan siarkan di laman blog Bercinta Selepas Nikah.

Namun, Bercinta Selepas Nikah lebih mementingkan kualiti artikel yang dihantar ke blog kamil. Ini bertujuaan supaya pembaca BSN mendapat bahan bacaan yang berkualiti dan memberi dan memberi nilai tambah,

Oleh itu kami telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan kepada mereka yang berminat menyiarkan artikel mereka.

Baca dan fahamkan ya? 🙂

Content / Kandungan

Artikel mestilah bersesuaian dengan blog ini.

  • memberi nilai tambah
  • memberi inpirasi
  • memotivasikan
  • dan apa-apa elemen yang bersesuai dengan blog islamik.
  • Guidelines / Garis Panduan

Artikel anda mestilah asli dan bukan plagiat

  • Anda boleh menyediakan sehingga tiga pautan (link). Pautan link affiliates adalah tidak dibenarkan.
  • Artikel anda perlu sekurang-kurangnya 300 perkataan yang panjang dan tidak lebih daripada 1500 perkataan.
  • Senggang setiap 3 baris. Gunakan ayat mudah dan mudah di “scan” pembaca.
  • Anda dibenarkan meninggalkan pesanan ringkas seperti mempromosi artikel lain dari blog anda, tumblr anda, pautan ke ke facebook page dan sebagainya.

Blog Bercinta Selepas Nikah akan sedaya upaya akan membantu mempromosikan kembali blog anda – dengan syarat tidak melanggar ” guidelines ” yang dinyatakan

Editing / Ubahsuai

Admin Blog Bercinta Selepas Nikah akan check dan mengedit kembali kesalahan ejaan, kesesuaian ayat dan sebagainya dalam setiap artikel yang dihantar. Pembetulan akan dibuat sekiranya dirasakan perlu.

Pihak admin mungkin mengubah suai sedikit kandungan artikel anda jika dirasakan perlu, supaya dapat menambah nilai, menambah kualiti dan dapat dioptimasikan untuk carian Google (SEO). Ini bertujuan supaya artikel anda mendapat pembaca semaksimum mungkin dan memberi input yang baik kepada mereka.

Cara Penghantaran

Jika artikel anda memenuhi syarat dalam garis panduan diatas:

Sila emelkan artikel anda ke ” naquiah@karangkraf.com ” .
Insyaallah kami akan respon dalam tempoh masa secepat mungkin
Sila lampirkan sekali bio mengenai anda [ bersama dengan alamat Blog, Google+ dan twitter / facebook, jika ada ] Sila pastikan anda sanggup untuk respon dan menjawab kepada setiap komen yang dilontar oleh pembaca terhadap artikel anda yang disiarkan

Jika Artikel Anda Tidak Disiarkan?

Kami faham menulis artikel adalah satu kerja yang mengambil masa.

Walau bagaimanapun, artikel yang ditulis dan diserahkan kepada kami tidak mewajibkan kami untuk menyiarkannya.

Ciri utama yang kami pentingkan untuk menyiarkan artikel anda adalah artikel tersebut memberi nilai tambah kepada pembaca blog ini.

Oleh itu saya berharap anda jangan berputus asa. Baiki kelemahan pada kandungan dan penulisan, tingkatkan kualiti artikel, dan hantarkanlah kembali kepada kami setelah itu .

Kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama menyebarkan Ilmu, Insyaallah

(1020)

[custom-facebook-feed]

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com