Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / Duit Mas Kahwin & Duit Hantaran: Jangan Keliru
Duit Mas Kahwin & Duit Hantaran: Jangan Keliru

Duit Mas Kahwin & Duit Hantaran: Jangan Keliru

Anda perlu faham betul-betul beza antara duit mas kahwin dan duit hantaran. Ini supaya tidak bercelaru dan tersalah anggap hingga anda berhutang duit mas kahwin dengan isteri. Ketahui mana satu yang wajib diberi dan mana satu yang diberi atas dasar adat.

 

MAS KAHWIN
Mahar ialah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada pemberian WAJIB oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Di Malaysia, mahar juga dikenali sebagai mas kahwin. Jumlahnya berbeza mengikut perundangan syariah negeri-negeri tertentu. Jumlah yang ditetapkan itu adalah jumlah minimum. Pengantin lelaki boleh berikan lebih daripada jumlah tersebut mengikut kemahuannya.

Mas kahwin yang diberikan hendaklah sesuatu yang bermanfaat kepada pengantin wanita. Selalunya mas kahwin diberikan dalam bentuk wang. Mas kahwin yang telah dipersetujui perlu dibayar semasa akad nikah pasangan pengantin.

Firman Allah: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” Surah al-Nisa, ayat 4.

Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskhah al-Quran kepada isteri. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan mas kahwin surah al-Quran. Lelaki tersebut tidak memiliki barangan untuk dijadikan mas kahwin.

Sabda Rasulullah SAW: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman dalam al-Quran:  “Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu.” surah al-Nisa, ayat 20.

Al-Quran ialah kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri. Hikmah bagi pernikahan yang menjadikan al-Quran sebagai mas kahwinnya ialah:

  • • Mengaji al-Quran memberikan manfaat kepada suami isteri hingga ke akhir hayat.
  • • Suami isteri dapat menimba ilmu daripada pembacaan ayat al-Quran.
  • • Mendapat kebaikan pahala kepada isteri dan suami apabila membaca al-Quran.
  • • Mendapat keberkatan dalam rumahtangga.

 

WANG HANTARAN
Wang hantaran ialah pemberian daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini tidak wajib sebaliknya dianggap sebagai wang belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan. Disebabkan majlis kahwin selalunya diadakan di kediaman pihak pengantin perempuan, wang hantaran diberikan oleh pihak lelaki untuk mengurangkan beban pihak perempuan.

Kadar wang hantaran selalunya ditetapkan oleh pihak perempuan sendiri dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Pihak lelaki boleh berikan wang hantaran mengikut kesesuaian masa yang dipersetujui. Misalnya dalam tempoh ikatan pertunangan, sebulan sebelum majlis kahwin atau pada hari akad nikah. Ada yang memberikan wang hantaran dalam bentuk tunai dan ada yang menggunakan cek. Malah ada yang teruk mengkreditkan ke dalam akaun pihak perempuan. Terpulang kepada keselesaan kedua-dua belah pihak.

(881)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com