Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI

Category Archives: SUAMI ISTERI

Feed Subscription

Suami yang ‘halim’

“SUAMI yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isteri. Tetapi suami yang baik adalah suami yang ‘halim’. Halim di sini maksudnya adalah sabar, tidak cepat melenting marah ketika isterinya kurang akal. “Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni, ketika isterinya sedang marah lalu dia bersabar. Itulah suami yang paling baik.” – Imam Al-Ghazali (149) Read More »

CINTAI AKU SELAMANYA

Sebuah perkahwinan selalunya dimulai dengan perasaan cinta sesama pasangan. Cinta semakin mekar apabila akad nikah dilafazkan oleh suami pada majlis perkahwinan. Namun pernahkah terfikir bahawa cinta itu boleh semakin surut dan mungkin terus hilang selepas beberapa lama tempoh masa. Justeru apakah yang perlu dilakukan supaya cinta tetap mekar walau telah lama berkahwin? Memupuk perasaan cinta perlu dilakukan sepanjang masa. Cinta ... Read More »

SUAMI ISTERI: KALAU BERTENGKAR JANGAN LAMA-LAMA

Perselisihan faham antara suami isteri memang selalunya berlaku. Maklumlah, dua individu berbeza pasti ada perkara yang tidak sehaluan. Justeru, perselisihan faham akan berlarutan menjadi pertengkaran. Namun suami isteri dinasihatkan supaya tidak bertengkar dalam jangka masa lama. Ini kerana, salah seorang perlu beralah demi menjamin keadaan rumahtangga yangb lebih harmoni. Mengapa suami isteri perlu mengelak daripada bertengkar lama-lama? 1) Suami dan ... Read More »

JODOH ATURAN KELUARGA : BERTEPUK SEBELAH TANGAN?

Sakitnya hati jika cinta tidak bersambut. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan. Pun begitu, hal ini memang selalu terjadi kerana hati dan perasaan manusia selalu berubah-ubah. Justeru usahlah berasa terlalu sedih jika hal ini berlaku kepada anda. Cinta tidak berbalas selalunya berlaku jika sebelah pihak tidak mempunyai perasaan yang sama dengan individu yang mencintai. Perasaan cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Selain ... Read More »

MENGAPA WANITA SUKAR MELUPAKAN CINTA?

Beruntunglah bagi mana-mana lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati seorang wanita. Ini kerana wanita selalunya akan mencintai lelaki itu dengan sepenuh hati. Jiwa wanita begitu halus sehingga boleh menutup mata akan kelemahan yang ada pada lelaki tersebut. Apabila cinta sudah bertakhta di hati, maka cinta itulah yang akan selamanya berada di jiwa. Cinta bagi wanita sebegini melengkapi hidupnya. Dia tidak ... Read More »

PERLU KE BUAT ‘SURPRISE’ UNTUK ISTERI?

Cuba bayangkan situasi ini. Balik dari kerja dengan tubuh yang letih, tiba-tiba ternampak jambangan bunga di atas katil. Ada pula nota romantik yang ditulis tangan oleh encik suami. Bagaimana agaknya perasaan anda ketika itu? Inilah indahnya alam perkahwinan. Saling memberikan perhatian kepada pasangan merupakan satu perkara yang menjadikan perkahwinan itu lebih bahagia. Malah anda akan terasa begitu dekat dengan jiwa ... Read More »

3 CARA BERKESAN PUJUK ISTERI MERAJUK

Ramai suami ambil mudah apabila isteri merajuk. Biasalah hati orang perempuan ini mudah tersentuh. Tidak susah pun hendak pujuk isteri. Bercinta Selepas Nikah berikan cara-caranya. Semoga bermanfaat. GUNAKAN KATA-KATA Kata-kata adalah cara memujuk paling mudah. Anda tidak perlu menggunakan walau sesen pun memujuk isteri dengan kata-kata. Orang kata; guna air liur sahaja. Susun ayat baik-baik, maka mudahlah isteri elok semula. ... Read More »

APABILA HUBUNGAN DIUJI

Ujian dalam kehidupan boleh dikatakan sebagai asam garam. Tiada kehidupan yang sentiasa manis. Pasti ada masalah dihadapi. Inilah yang dikatakan indahnya kehidupan. Ada cara terbaik untuk berdepan dengan ujian yang datang dalam perhubungan. Selidiki hubungan anda dengan pasangan. Kukuhkan hubungan supaya ujian yang datang boleh dihadapi bersama. 1) BANYAKKAN BERSABAR Sabar ialah sifat terpuji yang membolehkan keadaan menjadi lebih baik. ... Read More »

3 CARA ELAK ISTERI MEMBEBEL

Isteri membebel apabila ada perkara yang tidak kena pada matanya, pada perasaannya dan pada pemikirannya. Selalunya isteri hanya membebel pada suami dan anak-anak. Tidak pernah isteri hendak membebel dengan orang yang tiada kena-mengena dengannya. Membebel ibarat hiburan dan cara isteri melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Apabila membebel selalunya isteri akan berasa lega. Apabila isteri membebel, suami tidak perlu membalasnya ... Read More »

3 CARA TERBAIK BERBICARA DENGAN PASANGAN

Orang kata, lidah lebih tajam daripada mata pedang. Itu sememangnya betul. Terhirisnya hati mendengar kata-kata yang dilontarkan boleh melukakan hati. Walau lukanya sembuh, parutnya tetap ada. Kerana mulut, badan binasa. Pepatah ini juga ditujukan kepada kata-kata. Ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu berfikir dengan dalam sebelum menututkan kata-kata kepada orang lain. Bagi seorang ibu pula, kata-kata itu merupakan doa. Justeru ... Read More »

Scroll To Top
shared on wplocker.com