Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / Benci Jadi Sayang: Sudah 9 Tahun Bergelar Suami Isteri
Benci Jadi Sayang: Sudah 9 Tahun Bergelar Suami Isteri

Benci Jadi Sayang: Sudah 9 Tahun Bergelar Suami Isteri

Siapa sangka orang yang dulunya dibenci, kini orang itulah yang berkongsi susah senang dengan kita. Dialah yang menjadi pasangan seumur hidup. Sebab itulah kita selalu dinasihatkan supaya jangan benci sangat, nanti sayang sangat pada orang itu.

Ayuh ikuti kisah Nur Suria Abd Rashid, 35 dan suaminya, Mohd Hafizal Maton, 35.

Kami satu kelas dari darjah 3 sampai darjah 6. Saya memang menyampah dengan si dia sebab dia ni semua benda dia nak aktif. Dialah pengawas, dialah ketua murid. Semua dialah yang pegang jawatan. Saya menyampah termasuklah cemburu dengan perhatian yang guru berikan pada dia.

Apabila sekolah menengah, kami tidak satu sekolah. Dia sekolah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Perak dan saya sekolah biasa di Perlis. Di MCKK pun dia tetap aktif terutamanya bola sepak hingga wakil Perak.

Kami bertemu semula ketika di tingkatan 2 kerana keluarga saya berpindah dekat dengan rumah si dia. Jadi apabila cuti sekolah, dia balik rumah dan kami selalu terserempak, maklumlah rumah dekat-dekat. Apabila bertemu semula ketika usia dah remaja ni, perasaan benci tu jadi lain. Kami selalu berutus surat. Setiap minggu pasti ada saja surat yang dipos dan diterima.

Sejak itu kami keep in touch. Sampailah masing-masing masuk universiti. Saya di Universiti Utara Malaysia dan si dia di Universiti Tenaga Nasional.

Boleh dikatakan saya jatuh hati pada dia kerana dia pandai dan aktif di sekolah serta universiti. Kami jadi rapat sebab saya selalu tanya pasal akademik. Kami berkongsi idea dan ilmu. Dia juga menyokong saya supaya belajar rajin-rajin.

Walaupun ramai yang kata cinta remaja ni kebanyakannya cinta monyet, namun kami lain. Kami anggap ini cinta sejati kerana perasaan kami tak pernah berubah. Walaupun kami jauh, dipisahkan oleh jarak, kami tetap setia antara satu sama lain.

Kalau difikirkan semula, memang lucu juga kerana perasaan saya dulu pada dia penuh dengan kebencian dan menyampah. Saya cemburu dengan dia yang aktif dan pegang banyak jawatan. Tapi akhirnya dialah orang yang saya sayang.

Bagi saya, bercinta ketika belajar tidak akan beri kesan buruk pada pelajaran. Asalkan kita pandai fokus dan saling bagi semangat. Dugaannya ketika belajarlah kita kenal ramai orang di universiti. Bercampur lelaki dan perempuan. Jarak kami jauh. Kalau nak curang memang senang namun kami setia. Kesetiaan itulah yang mahal harganya.

Nasihat saya kepada pelajar sekolah dan universiti yang mahu bercinta ketika belajar, fokus pada keutamaan kita iaitu pelajaran. Beritahu hal sebenar kepada keluarga masing-masing. Keluarga perlu tahu dengan siapa kita berkawan. Jangan melebihi batas syarak dan jaga nama baik keluarga. Belajar sungguh-sungguh dan capai impian anda bersama-sama si dia.

(322)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com