Artikel Pilihan
You are here: Home / Uncategorized / Adakah Calon Pilihanmu Tepat?
Adakah Calon Pilihanmu Tepat?

Adakah Calon Pilihanmu Tepat?

Sebagai manusia kehidupan kita selalunya ada banyak cabang. Sampaikan kita tak tahu cabang mana harus dituju. cabang itu pula sama ada mempunyai banyak pilihan ataupun tiada pilihan langsung.

Kita bebas memilih. Namun jika pilihan kita salah, maka kitalah yang perlu sakit menanggung akibat daripada kesilapan tersebut. Dalam menuju alam perkahwinan, mungkin kita mempunyai lebih dari seorang pilihan. Justeru siapakah yang sepatutnya kita pilih untuk dijadikan pasangan?

Di sini ALLAH memberi kita jalan untuk bertemu dengan petunjuk bagi membuat pilihan iaitu istikharah.

Ada 3 langkah utama sebelum bertemu dengan jalan atau petunjuk untuk membuat pilihan, iaitu:

LANGKAH PERTAMA – PERTIMBANGAN

Sebelum membuat keputusan, pastikan anda membuat pertimbangan dalam semua sudut. Anda perlu berfikir secara waras dan cari sebanyak mungkin faktor yang menyokong pilihan anda. Buat senarai buruk dan baik setiap calon pilihan anda. Jangan letak emosi anda dalam fokus pemilihan sebaliknya gunakan fakta yang ada. Buatlah pertimbangan seadil-adilnya. Jangan berat sebelah. Jangan terburu-buru membuat keputusan. Ambil masa untuk mempertimbangkan calon anda.

LANGKAH KEDUA – MINTA PENDAPAT

Selepas berfikir dan membuat pertimbangan, langkah seterusnya ialah minta pendapat. Hal ini seperti minta tolong daripada mereka yang berkelayakan. Kelayakan ini ialah orang yang dekat hubungannya dengan kita misalnya ibu bapa. Malah mereka juga ada pengalaman hidup yang luas, memahami orang yang bakal kita pilih dan bertoleransi. Dengarlah nasihat mereka dengan hati terbuka.

LANGKAH KETIGA – ISTIKHARAH

Selepas usaha diri sendiri dan juga usaha mendapatkan pandangan orang sekeliling, kini tinggal meletakkan harapan kepada ALLAH. Mintalah daripada Yang Maha Pencipta untuk memberikan kita petunjuk mengenai calon yang sesuai dengan kita. Minta Dia tunjukkan calon yang boleh membahagiakan kita pada masa akan datang. Misalnya kita sebenarnya suka calon A namun istikharah menunjukkan calon B, maka kita perlu berlapang dada. Walaupun hasilnya bukan apa yang kita mahu. Ini kerana ALLAH tunjukkan apa yang kita perlukan.

(540)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com