Artikel Pilihan
You are here: Home / REMAJA / Adab Menolak Huluran Cinta
Adab Menolak Huluran Cinta

Adab Menolak Huluran Cinta

Orang kata cinta itu hadir melalui hati yang ikhlas dan perlu ada yang menghulur serta menyambutnya. Jika ada orang suka kepada kita, namun kita masih belum terbuka hati untuk menerimanya, apa yang perlu dilakukan? Bercinta Selepas Nikah berkongsi tip untuk anda menolak silaturahim yang cuba dihulur dengan cara penuh beradab.

BERTERUS TERANG DENGAN BAIK
Jika anda tidak dapat menerima cinta si dia, anda perlu berterus terang. Jangan diamkan sahaja sehingga si dia ternanti-nanti. Katakan dengan baik, misalnya melalui e-mel, pesanan ringkas atau WhatsApp. Jangan pula muat naik status di media sosial sehingga semua orang tahu. Malulah dia.

Jelaskan yang anda masih belum bersedia untuk membawa hubungan ini lebih daripada sekadar kawan. Anda lebih selesa berkawan sahaja. Jadi anda boleh hidup seperti biasa dan si dia boleh buka peluang kepada orang lain.

JAUHKAN DIRI SECARA TIDAK LANGSUNG
Jika si dia masih cuba untuk mendekati kamu, jauhkan diri secara berhemah.Jangan nampak sangat. Misalnya jika sebelum ini kamu selalu juga keluar makan bersama, elakkanlah. Kurangkan berurusan dengan si dia. Walau anda perlu profesional dalam kerja, jika boleh elakkan maka elakkanlah. Dia akan faham.

JANGAN PERLEKEH
Semua orang ada perasaan. Perasaan suka yang ada pada si dia juga adalah perasaan yang ALLAH berikan kepadanya. Jika anda tidak dapat menyambutnya, maka usahlah perlekeh perasaan tersebut. Jangan hina orang. Manalah tahu jika sekarang anda tidak dapat terima, namun esok lusa siapa tahu. Hormati dia seadanya dan berbuat baiklah kepadanya walau hanya sebagai kawan sekerja.

(552)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com