Artikel Pilihan
You are here: Home / WEDDINGS / 7 Perkara Penting Pada Majlis Perkahwinan
7 Perkara Penting Pada Majlis Perkahwinan

7 Perkara Penting Pada Majlis Perkahwinan

Wah, hari ini nak naik pelamin. Mesti gembira kan nak jadi raja sehari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan pada hari berlangsungnya majlis perkahwinan anda ini?

1.BANGUN TIDUR AWAL
Selalunya majlis pernikahan akan dilangsungkan pada jam 10 pagi. Jangan pula anda bangun jam 9 pagi. Bangunlah awal. Mulakan hari dengan mandi sunat, berwuduk, solat subuh dan disertai dengan solat sunat.

2.SARAPAN
Kemudian bersarapanlah supaya anda tidak menggigil kelaparan apatah lagi ketika hendak akad nikah nanti. Manalah tahu lapar bercampur dengan gemuruh untuk akad nikah, pengsan pula nanti.

3.DOUBLE CHECK PAKAIAN
Pastikan pakaian pengantin berada dalam keadaan baik dan tersusun untuk memudahkan anda bersiap. Walau sekecil jarum peniti pun, tolong siapkannya dengan baik di atas meja. Pastikan kasut anda selesa dipakai. Kalau ketat, pakai sarung kaki untuk mengelakkan melecet.

4.BERDOA
Anda perlu perbanyakkan doa supaya segalanya berjalan lancar.

5.TENANG
Tolong tenangkan diri anda ketika duduk di hadapan jurunikah dan wali pasangan anda. Jangan gemuruh. Dengar dengan teliti khutbah nikah dan hadam elok-elok.

6.PERIKSA
Sila sediakan mas kahwin dan dokumen untuk bernikah dan letakkan di tempat yang mudah untuk diambil.

7.LAYAN TETAMU
Selesai segalanya anda pasti lega. Layanlah semua tetamu yang hadir dan minta mereka doakan kesejahteraan rumahtangga anda. Ucap terima kasih kepada tetamu yang hadir. Berkenalan dengan ahli keluarga sebelah pasangan. Mereka ialah ahli keluarga baru dalam hidup anda.

 

(290)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com