Artikel Pilihan
You are here: Home / SUAMI ISTERI / 6 Cara Bercinta Sampai Hujung Nyawa
6 Cara Bercinta Sampai Hujung Nyawa

6 Cara Bercinta Sampai Hujung Nyawa

Dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri perlu mengekalkan dan mencambahkan perasaan cinta. Tidaklah mahu cinta hanya hangat ketika awal perkahwinan namun selepas itu perasaan terbang dibawa angin lalu.

6 cara menambah rasa cinta supaya boleh kekal sehingga akhir hayat:

1) SELALU MEMUJI PASANGAN
Pujilah pasangan anda. Setiap hari pun tidak mengapa. Kalau orang lain yang puji, lain jadinya nanti. Dia masak, pujilah kesedapannya. Dia tampil menawan, pujilah dia nampak cantik. Walaupun sekadar hal kecil misalnya dia potong rambut. Pujilah potongan itu sesuai dengan bentuk wajahnya.

2) JANGAN LUPA TARIKH ISTIMEWA
Jangan sesekali lupa tarikh bila anda berkahwin, hari jadi atau lebih baik kalau anda masih ingat tarikh mula-mula bertentang mata. Hargai kehadiran tarikh-tarikh istimewa ini dengan ucapan walaupun sekadar memberi ucapan di WhatsApp.

3) JANGAN KEDEKUT DENGAN PASANGAN
Janganlah kedekut untuk membelikan sesuatu yang istimewa untuk pasangan. Misalnya sesekali belikan pasangan anda baju baru. Belilah tanpa ada tujuan untuk meraikan hari istimewa. Sekadar untuk menggembirakan dia. Bawa balik kuih ketika pulang dari kerja pun sudah mencukupi. Ini sekadar tanda ingatan anda kepada dia yang di rumah.

4) DENGAR KATA-KATANYA DENGAN PENUH MINAT
Ada isteri atau suami yang suka bercerita mengenai hal di tempat kerja dengan pasangannya. Jadi anda janganlah bosan mendengar kisah sama setiap hari. Dengarlah dengan penuh minat. Lagipun bukannya lama orang itu nak bersembang. Sekadar 10 minit sebelum melelapkan mata.

5) BAHASA TUBUH
Cinta boleh terusik dengan bahasa tubuh yang kurang menyenangkan. Misalnya anda menghentak-hentak peralatan memasak di dapur ketika sedang memasak. Hal ini kononnya untuk memberitahu si dia yang anda malas hendak memasak tetapi terpaksa. Jadi, janganlah berbuat sedemikian.

6) BERJEMAAH
Solat berjemaahn boleh menambah rasa cinta sesama pasangan. Ketika ini anda berdua berfikiran kosong dan memenuhi kekosongan itu dengan iman di dada. Sudah pasti emosi lebih tenang dan sekali gus boleh bercambah rasa cinta kepada pasangan.

(193)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com