Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / 5 Teknik Memujuk Buat Isteri Senyum Sampai Telinga
5 Teknik Memujuk Buat Isteri Senyum Sampai Telinga

5 Teknik Memujuk Buat Isteri Senyum Sampai Telinga

Suami dinasihatkan supaya jangan biarkan isteri terus monyok sehingga dia terlena. Ini kerana mood bangun tidur berkait rapat dengan mood kala seseorang itu hendak melelapkan matanya. Kalau dia tidur dalam keadaan sedih atau marah, begitulah mood dia apabila bangun tidur nanti.

Justeru, kalau isteri dalam keadaan mood tidak stabil, eloklah anda buat sesuatu supaya moodnya kembali stabil sebelum dia tidur. Lagi-lagi kalau memang anda yang salah. Suami kena faham, anda terlupa tarikh hari jadi isteri pun, isteri boleh merajuk 14 hari 14 malam.

1) PUJI
Orang perempuan memang suka kena puji. Walaupun badannya agak besar, dia tetap suka kena puji dengan kata-kata manis. Beritahu dia bahawa dialah isteri tembam paling cantik. Itu sudah menggembirakan dia.

Ketika mood isteri tidak elok, pujilah isteri anda. Pujilah tadi dia masak lauk paling sedap, saling tak tumpah sesedap masakan emak. Pasti hatinya berbunga-bunga.

2) HADIAH
Kalau mood isteri tidak elok, pujuk dengan memberikan hadiah. Tidak perlu mahal-mahal pun. Isteri sudah cukup gembira jika anda belikan sekeping coklat kegemarannya. Lagai bagus kalau anda tahu jenama tudung kesukaannya. Belikan dia sehelai tudung yang mungkin sudah lama dia idam-idamkan.

3) BALIK KAMPUNG DIA
Satu lagi teknik memujuk yang berkesan ialah ajak isteri balik ke kampungnya pada hujung minggu terdekat. Mesti isteri suka sangat sampai tersenyum-senyum. Hilang terus rasa marahnya tadi. Mood yang ke laut tiba-tiba berubah jadi gembira.

4) TAMBAH DUIT SAKU
Isteri bukanlah mata duitan. Tapi isteri memang suka jika suami berikan duit. Seperkara yang perlu diingat ialah, isteri bijak urus duit dengan menyimpan wang yang diberikan oleh suami. Isteri bukan tamak tetapi dia rasa dihargai.

5) BARANG KEMAS
Apa kata sesekali hadiahkan isteri barang kemas. Jika berkemampuan, belikan dia apa yang dia masih belum ada. Mungkin dia sudah ada cincin tetapi belum ada gelang. Belikan dia gelang mengikut kemampuan anda. Ya, ini memang boleh jadi teknik yang boleh buat isteri kembali tersenyum.

(1043)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com