Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / 5 Point Dialah Lelaki Cukup Pakej
5 Point Dialah Lelaki Cukup Pakej

5 Point Dialah Lelaki Cukup Pakej

Tanggungjawab lelaki cukup besar sebagai seorang suami. Hal ini bukan main-main kerana tanggungjawab yang terpikul di atas bahu lelaki boleh jadi penentu sama ada dia bakal melangkah ke syurga mahupun neraka.

Secara ringkas, perihal tanggungjawab seorang lelaki itu menjadi penanda aras kepada sifat lelaki yang dikatakan sebagai cukup pakej.

Siapakah lelaki yang cukup pakej?

*  LELAKI YANG MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU
Lelaki ini cukup menjaga waktu solat iaitu mendirikan solatnya pada awal waktu. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH ditunaikan sebaik mungkin. Ini termasuklah solat Jumaat.

* LELAKI YANG HORMAT IBU BAPA
Lelaki sebegini cukup kenal dengan asal-usulnya. Betapa dia meletakkan orang tuanya di tempat teratas. Lelaki yang cukup hormat kepada ibu selalunya akan cukup menghargai isterinya.

* LELAKI YANG JAGA PANDANGANNYA
Lelaki sebegini tidak sewenang-wenangnya mudah tergoda. Ini kerana dia menjaga pandangannya. Hanya memandang perkara yang baik. Dia menundukkan pandangannya daripada memandang sesuatu yang boleh mendorong kepada dosa.

* LELAKI YANG RAJIN BERPUASA
Lelaki sebegini bijak mengawal nafsu kerana puasa mengajar seseorang itu mengawal nafsunya.

* LELAKI YANG BIJAK MEMIMPIN
Sebagai ketua keluarga, lelaki perlu bijak memimpin seorang wanita menjadi wanita solehah. Dia juga perlu pandai mengawal rumahtangga dan menjadi penyelamat kepada seluruh ahli keluarganya. Ini termasuklah soal ekonomi, keselamatan dan ibadat.

Sebagaimana firman-NYA, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” (Surah al-Nisa’:34)

Seorang lelaki tidak boleh bersikap acuh tak acuh dalam aspek memikul tanggungjawab. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga boleh menyebabkan banyak kepincangan. Lelaki perlu cukup pakej untuk menjadi lelaki sejati bagi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Lelaki yang hebat boleh mengubah seorang wanita yang rendah akhlaknya menjadi Muslimah sejati.

(971)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com