Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / 4 Situasi Si Bujang Dianggap Sudah Patut Kahwin
4 Situasi Si Bujang Dianggap Sudah Patut Kahwin

4 Situasi Si Bujang Dianggap Sudah Patut Kahwin

Ada kala orang di sekeliling kita terlebih kecoh mengenai kehidupan kita sebagai individu bujang. Hal ini sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada si bujang. Ada empat situasi yang perlu diperhatikan kerana ketika itu anda dianggap sudah patut kahwin.

Pertama – Adik si bujang sudah kahwin
Faktor pertama ini selalu sangat terjadi. Lebih-lebih lagi kalau si bujang ialah anak sulung. Apabila adik anda dah kahwin, orang sekeliling akan anggap dah terlewat kahwin. Orang tidak akan anggap adik anda yang kahwin awal sangat. Di sinilah bermulanya tekanan akan timbul.

Kedua – Usia si bujang mula cecah 30
Faktor kedua ialah usia. Walaupun ibu bapa si bujang selalunya relaks sahaja tetapi orang sekeliling mula heboh dan sibuk soal ini. Mulalah akan timbul pertanyaan-pertanyaan yang anda sendiri tiada jawapannya. Sehingga akhirnya anda serba salah hendak menjawab soalan bila nak kahwin. Manalah si bujang tahu bila jodohnya akan datang. Betul tak?

Ketiga – Hidup sudah lengkap
Faktor ketiga yang membuatkan orang sekeliling rasa si bujang sudah patut kahwin ialah apabila hidup anda sudah mula lengkap. Anda kelihatan sudah lengkap hidup apabila sudah ada kereta, rumah dan kerja yang mantap. Orang nampak anda berduit.

Keempat – Apabila mula dikenenkan.
Ha… yang ini faktor serius. Orang disekeliling menganggap si bujang tidak pandai cari calon sendiri. Mungkin anda pemalu atau terlalu sibuk sehingga terlepas pandang bab jodoh lantas mereka mengkenenkan anda dengan sesiapa sahaja yang mereka kenal.

Apabila tiba situasi begini, anda janganlah cepat melenting. Anda harus positif. Anggaplah mereka cuba membantu anda. Terima atau tidak calon yang mereka kenenkan itu, belakang kira.

 

(818)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com