Artikel Pilihan
You are here: Home / INSPIRASI / CINTAI AKU SELAMANYA
CINTAI AKU SELAMANYA

CINTAI AKU SELAMANYA

Sebuah perkahwinan selalunya dimulai dengan perasaan cinta sesama pasangan. Cinta semakin mekar apabila akad nikah dilafazkan oleh suami pada majlis perkahwinan. Namun pernahkah terfikir bahawa cinta itu boleh semakin surut dan mungkin terus hilang selepas beberapa lama tempoh masa.

Justeru apakah yang perlu dilakukan supaya cinta tetap mekar walau telah lama berkahwin? Memupuk perasaan cinta perlu dilakukan sepanjang masa. Cinta perlu dipupuk. Jika tidak, memang sukar untuk kekal saling mencintai selamanya.

1) Suami isteri perlu tahu apa yang disukai dan dibenci oleh pasangan. Rajin-rajin ambil tahu. Jangan buat apa yang dibenci. Barulah cinta sentiasa di hati.

2) Perlu pandai ambil hati pasangan. Misalnya beri hadiah pada hari tertentu. Boleh juga berikan hadiah kecil pada hari biasa sekadar untuk menggembirakan pasangan.

3) Layanan perlu sama dari awal perkahwinan hingga pada masa akan datang. Jangan ada beza. Jika masa awal kahwin, berjalan pegang tangan, teruskanlah walau sudah berusia warga emas.

4) Perlu bijak jaga penampilan. Janganlah hanya cantik ketika di luar rumah. Namun kelihatan tidak terurus kala di rumah bersama pasangan dan anak-anak.

5) Jaga pertuturan dan penggunaan bahasa terhadap pasangan. Walau marah sekalipun, usahlah tuturkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati. Perlu ada rasa hormat dan berbicaralah secara berhemah.

 

(68)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com