Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / SUAMI ISTERI: KALAU BERTENGKAR JANGAN LAMA-LAMA
SUAMI ISTERI: KALAU BERTENGKAR JANGAN LAMA-LAMA

SUAMI ISTERI: KALAU BERTENGKAR JANGAN LAMA-LAMA

Perselisihan faham antara suami isteri memang selalunya berlaku. Maklumlah, dua individu berbeza pasti ada perkara yang tidak sehaluan. Justeru, perselisihan faham akan berlarutan menjadi pertengkaran.

Namun suami isteri dinasihatkan supaya tidak bertengkar dalam jangka masa lama. Ini kerana, salah seorang perlu beralah demi menjamin keadaan rumahtangga yangb lebih harmoni.

Mengapa suami isteri perlu mengelak daripada bertengkar lama-lama?

1) Suami dan isteri ialah cerminan bagi anak-anak. Jika anda bertengkar, tidak bercakap antara satu sama lain, anak-anak pasti akan perasan perang dingin di antara ibu bapa mereka. Hal ini tidak elok terhadap perkembangan anak-anak.

2) Bertengkar menghilangkan keharmonian. Jika mahu menjaga perhubungan suami isteri, elakkan bertengkar. Perselisihan faham perlu diselesaikan serta-merta.

3) Mengalah adalah sifat yang bagus untuk menjadikan hubungan kembali reda. Siapa yang mengalah dahulu tidak penting. Paling penting ialah anda sama-sama beralah dan kurangkan ego.

4) Jangan pula ada yang asyik berharap orang yang sama beralah apabila berlakunya pertengkaran. Masing-masing perlu ada skil mengalah dan memujuk. Barulah rumahtangga harmoni.

 

(34)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com