Artikel Pilihan
You are here: Home / KELUARGA / JODOH ATURAN KELUARGA : BERTEPUK SEBELAH TANGAN?
JODOH ATURAN KELUARGA : BERTEPUK SEBELAH TANGAN?

JODOH ATURAN KELUARGA : BERTEPUK SEBELAH TANGAN?

Sakitnya hati jika cinta tidak bersambut. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan. Pun begitu, hal ini memang selalu terjadi kerana hati dan perasaan manusia selalu berubah-ubah. Justeru usahlah berasa terlalu sedih jika hal ini berlaku kepada anda.

Cinta tidak berbalas selalunya berlaku jika sebelah pihak tidak mempunyai perasaan yang sama dengan individu yang mencintai. Perasaan cinta tidak boleh dipaksa-paksa.

Selain itu, ada juga masalah sebegini berbangkit daripada jodoh yang diaturkan oleh keluarga. Si dia tidak dapat mencintai pasangannya disebabkan dia dipaksa berkahwin.

*PENTING

1) Jika anda sudah berkahwin, anda sepatutnya cuba mencintai pasangan anda. Jangan biarkan dia memendam perasaan apabila tidak mendapat cinta yang sepatutnya dia berhak dapatkan daripada pasangan.

2) Jangan rosakkan hubungan antara anda dengan pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak hanya kerana anda tidak mencintai pasangan anda. Masalah bertepuk sebelah tangan tidak sepatutnya berlaku dalam rumahtangga.

3) Jangan salahkan jodoh yang diaturkan oleh keluarga untuk anda tidak mencintai pasangan. Berkahwin bukanlah untuk menjaga hati keluarga. Bimbang keluarga kecil hati jika anda menolak aturan mereka. Anda patut tidak biarkan pasangan anda bertepuk sebelah tangan.

4) Berdoalah supaya ALLAH membuka hati pasangan anda untuk saling menyayangi. Walau jodoh diatur keluarga sekalipun, perasaan tidak suka boleh bertukar menjadi cinta agung jika anda berdoa untuk menerima pasangan dengan seadanya.

 

(671)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com