Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 4 ALASAN TINGGALKAN SI DIA, JIKA…
4 ALASAN TINGGALKAN SI DIA, JIKA…

4 ALASAN TINGGALKAN SI DIA, JIKA…

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, banyak hal yang perlu diambil kira. Jika banyak benda yang membuatkan anda berasa kurang senang, eloklah tinggalkan sahaja si dia. Lebih-lebih lagi jika berkaitan agama dan tanggungjawab.

Beberapa alasan untuk meninggalkan si dia ialah:

1) AGAMA
Jika si dia kelihatan amat liat untuk menunaikan ibadat wajib seperti solat dan puasa, ini alasan kukuh untuk anda tinggalkan dia. Usahlah menaruh harapan tinggi kepada orang yang tidak solat.

Jika dengan ALLAH pun dia berani menidakkan tanggungjawabnya sebagai hamba, apatah lagi dengan manusia seperti anda. Sebelum anda kecewa, baik angkat kaki.

2) TANGGUNGJAWAB
Kalau nampak dia amat meringankan tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak mustahil dia akan meringankan tanggungjawabnya kepada anda selepas berkahwin nanti. Misalnya dia suka ponteng kerja, ambil ringan tanggungjawab terhadap kerja, kurang tanggungjawab membayar bil elektrik hingga perkhidmatan dipotong. Ini semua nampak remeh namun kesannya amat tinggi apabila berumahtangga nanti.

3) PEMALAS
Jika dia kelihatan pemalas dan asyik mahu berehat, baik tinggalkan sahaja si dia. Orang yang pemalas amat susah untuk diletakkan harapan. Mereka tiada daya usaha untuk memajukan diri. Justeru, tidak mustahil nanti hanya anda yang berusaha mengukuhkan ekonomi rumahtangga sedangkan si dia hanya berehat tanpa usaha.

4) KASAR
Jika dia bersikap kasar, tolong tinggalkan dia. Orang sebegini susah untuk dibawa berbincang kerana mudah panas baran dan tidak hormat orang tua. Bagaimana mahu hidup bahagia jika begini? Justeru sebelum anda menyesal, eloklah tinggalkan si dia.

(832)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com