Artikel Pilihan
You are here: Home / Uncategorized / 4 SEBAB SI DIA PERLU JADI SUAMI ANDA
4 SEBAB SI DIA PERLU JADI SUAMI ANDA

4 SEBAB SI DIA PERLU JADI SUAMI ANDA

Mencari bakal suami yang benar-benar bertanggungjawab bukanlah mudah. Ada lelaki yang mengambil kesempatan dengan kesenangan wanita. Dengan harapan dia tidak perlu memberikan nafkah kepada wanita yang dinikahi.

Justeru, jika anda berjumpa dengan lelaki yang mempunyai empat ciri-ciri ini, insya-ALLAH dia boleh jadi suami yang baik untuk anda.

1) SOLAT AWAL WAKTU
Jika si dia mementingkan solat, maka itulah calon terbaik untuk dijadikan pasangan. Ini kerana, dia amat menitikberatkan agama dan tidak melengah-lengahkan suruhan ALLAH. Jika si dia amat mengambil berat soal solat, sudah pasti dia akan turut ambil berat mengenai anda sebagai pasangannya nanti.

2) SUKA BERSEDEKAH
Orang yang suka bersedekah menunjukkan ciri-ciri individu yang suka membantu dan menggembirakan orang lain. Mereka tidak kedekut memberikan orang lain sumbangan berupa wang atau barang. Jadi, jika anda menjadi pasangannya sudah pasti anda juga turut mudah diberikan nafkah.

3) HORMAT ORANG TUA
Orang yang hormat kepada orang tua selalunya dididik dengan betul oleh ibu bapanya. Individu sebegini bercakap dengan lemah lembut dan berperawakan sopan. Justeru, sudah pasti dia akan turut menghormati ibu bapa anda.

4) PANDAI CARI DUIT
Jangan lepaskan individu yang bijak mencari duit dengan cara yang halal. Orang sebegini selalunya tidak hanya berpuas hati dengan gaji bulanan, sebaliknya cuba memenuhi keperluan dengan cara lain misalnya bisnes kecil-kecilan. Justeru jika anda berkahwin dengannya, insya-Allah anda boleh mengharapkan si dia untuk menyediakan keperluan bakal keluarga yang dibina. Lagipun ini adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menafkahi keluarganya.

(1491)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com