Artikel Pilihan
You are here: Home / Uncategorized / 4 CARA PUJUK SUAMI MERAJUK
4 CARA PUJUK SUAMI MERAJUK

4 CARA PUJUK SUAMI MERAJUK

Siapa kata hanya wanita sahaja yang merajuk? Lelaki pun ada kalanya merajuk juga. Tujuan utama merajuk ialah mahu diberi perhatian dan dipujuk.

1) CAKAP LEMAH LEMBUT
Apabila suami mula lebih banyak berdiam, tidak seperti selalu dan menunjukkan ciri-ciri merajuk, anda jangan pula melenting. Hal ini menambah rasa marah si dia. Bercakaplah dengan lemah lembut.

Pegang tangannya, tanyakan kenapa dia merajuk. Jika anda sudah tahu jawapannya pun, buat-buat bertanya. Lelaki ada ego. Jadi mungkin dia akan diam dan tidak mahu bercakap. Gunakan kemahiran anda untuk terus memujuk. Jika dia masih tidak mahu bercakap, teruskan ke langkah kedua.

2) MASAK MAKANAN KEGEMARAN
Sebagai isteri, pasti anda tahu masakan kegemaran suami. Masaklah makanan kegemarannya dan hidangkan di atas meja. Jika ketika itu sudah malam dan bukan waktu sesuai untuk makan, bancuhlah minuman kegemarannya.

Kemudian ajak suami minum bersama di ruang tamu. Berbicaralah dengan berhemah. Tanyakan punca suami merajuk. Isteri perlu bersabar dan jangan putus asa. Lelaki memang jarang merajuk. Namun apabila sudah merajuk, lambat hendak pulih seperti sedia kala. Berbeza dengan wanita. Wanita cepat merajuk tapi mudah dipujuk.

3) MINTA MAAF
Isteri perlulah minta maaf kerana telah menyinggung perasaan suami sehingga membuat si dia merajuk. Tiada salahnya pun minta maaf. Meminta maaf bermakna kita mengakui kesalahan dan hal ini boleh meredakan rajuk seseorang.

4) GUNAKAN KELEMAHANNYA
Gunakan kemahiran bermanja anda untuk membuatkan suami pulih daripada rajuknya. Pegang tangannya, rangkul tubuhnya. Ketepikan segala gajet. Biarkan hanya anda berdua sahaja yang berbicara. Pujuklah suami dengan kata-kata manis. Selalunya lelaki juga akan OK apabila melihat kesungguhan pasangannya memujuk tatkala dia sedang merajuk.

 

(885)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com