Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 6 TIP JIKA DITINGGAL KEKASIH
6 TIP JIKA DITINGGAL KEKASIH

6 TIP JIKA DITINGGAL KEKASIH

Bukan semua ikatan percintaan itu berakhir dengan perkahwinan. Ada cinta yang putus di tengah jalan. Sudah semestinya jika putus cinta, anda akan terasa sedih dan pilu. Maklumlah, si dia yang dicintai memutuskan hubungan dengan pelbagai alasan.

Bercinta Selepas Nikah berikan 6 tip untuk anda yang melalui situasi ini.

1) HADAPI KENYATAAN
Hati akan lebih tenang jika kita dapat menerima segala apa yang berlaku dalam hidup ini. Redalah dengan situasi putus cinta. Bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Pasti ada cinta lain untuk anda. Malah mungkin lebih baik daripada yang sebelumnya.

2) LUAHKAN RASA HATI
Perasaan yang terpendam di hati perlu diluahkan. Jangan simpan seorang diri. Bertemulah dengan kawan baik anda. Ceritakan isi hati anda. Pasti kawan baik akan memberikan anda dorongan untuk meneruskan hidup.

3) SIBUKKAN DIRI
Ajak kawan baik anda keluar bersiar-siar atau sekadar minum kopi di kedai mamak. Sibukkan diri anda dengan melakukan aktiviti bersama kawan baik. Atau boleh juga anda sibukkan diri dengan melakukan rutin kerja yang tertangguh.

4) CIPTA HOBI BARU
Hobi baru boleh dicipta untuk memenuhi masa lapang. Misalnya jika selama ini anda kurang suka bermain game di telefon bimbit, cuba muat turun satu permainan. Dari situ anda boleh agak leka dan lupa masalah yang ada. Boleh juga cari hobi yang lebih bermanfaat misalnya membuat kek. Mungkin lepas ini anda boleh jadi usahawan kecil-kecilan pula.

5) JANGAN BERSENDIRIAN
Perkara paling penting apabila anda putus cinta dan bersedih, usahlah bersendirian. Apabila bersendirian anda akan jadi lebih sedih kerana mudah mengenang kenangan bersama si dia. Cari kawan dan berseronoklah.

6) BERDOA
Setiap hari, ada lima kali kita perlu bersendirian iaitu waktu solat. Kala ini kita kelihatan seperti bersendirian namun sebenarnya kita sedang berdepan dengan Yang Maha Esa. Kala ini kuatkan hati dan berdoalah kepada-NYA supaya hati anda mudah melupakan segala kesedihan.

 

 

(57)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com