Artikel Pilihan
You are here: Home / PERSEDIAAN PERKAHWINAN / 4 TIP KENA LANGKAH BENDUL
4 TIP KENA LANGKAH BENDUL

4 TIP KENA LANGKAH BENDUL

Sebenarnya tiada satu pun larangan mengikut syarak untuk berkahwin bagi mereka yang mempunyai abang atau kakak yang belum berkahwin. Hanya dalam adat sahaja situasi ini berlaku dan dinama sebagai langkah bendul.

Pun begitu, masyarakat selalunya memandang adat melebihi syarak sehingga ada kala menyusahkan bagi sesetengah mereka yang ingin bertemu jodoh. Jodoh bagi setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang awal, ada yang lewat.

Larangan melangkah bendul tidak perlu diamalkan. Jika adik ingin berkahwin, sokonglah niatnya itu. Usah dilarang hanya kerana ada abang atau kakaknya yang masih solo.

Sebagai kakak atau abang, usahlah berkecil hati jika adik kita bertemu jodoh terlebih dahulu.

Tip apabila adik ingin berkahwin:
1) Sokong niat mereka.
2) Usah susahkan mereka menyediakan hadiah mahal untuk kita.
3) Minta adik doakan kita juga mudah bertemu jodoh.
4) Berfikiran positif dan doakan kebahagiaan adik.

 

(35)

JIKA ANDA rasa artikel ini bermanfaat, klik "LIKE" dan "SHARE" supaya sahabat anda turut sama mendapat manfaatnya.

About Siti Mariam Elias

Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk menerima setiap artikel baru melalui e-mel. Terima kasih. Jazak Allah Khayr.

Delivered by Bercinta Selepas Nikah

Leave a Comments

Scroll To Top
shared on wplocker.com